Hala tuju perjuangan PAS terletak kepada Pimpinan PAS yang memimpin. parti ketika ini muapun pelantikan dimasa hadapan PAS oleh perwakilan yang akan mengundi dalam muktamar pada setiap dua penggal.Belakunya perubahan atau petukaran pemimpin secara demokrasi di peringkat diperingkat cawangan hingga pusat tidak sekali kali mengubah dasar dan matlamat parti sebab dasar Islam yang temaktuk dalam pelembagaan itu sendiri tidak pernah berubah sejak ia ditubuhkan.Ini yang membezakan PAS dengan parti parti secular yang yang memisahkan ugama dengan politik..
Di zaman era pimpinan Al marhon Tuan guru Hj Fadzil Mohd Nor menjadi presiden budaya serta adab menghormati pemimpin nampak lebih dinamik berbanding dengan era selepas beliau pekara ini semakin ketara dewasa ini.Adakah budaya yang terdahulu sudah melalui satu zaman ulamak atau pemimpin haraki yang terdiri yang berpendidikan ugama atau profesional.Pas kini sedang menuju satu zama era tranformasi dalaman yang lebih mencabar bagi memenuhi tuntutan semasa yang lebih redikal dan lebih mencabar.Perubahan dalam pucuk pimpinan UMNO secara tidak langsong telah memaksa PAS melalui satu era anjakan paradikma yang lebih progresif seolah olah menuju ketahab yang lebih matang bagi menghadapi serangan dari pihak musuh
Tradisi PAS juga di dapati berubah apabila jawatan tertinggi parti kususnya timbalan Presiden mula di pertandingkan tidak seperti dizaman Al marhom dulu.Kini pemimpin yang tertentu mula mendapat pencalonan motifnya mudah mahu menukar kepada yang lebih berkesan pada jemaah.Yang kita tertanya tanya kenapa calon calon yang di calokan untuk peringkat tertinggi seolah olah melalui satu tren yang agak cemas.Calon yang dikemukakan berdasarkan kepada sentiment yang tertentu dan bukan lagi berdasarkan penilaian kerisma seorang pemimpin jemaah islam yang sepatutnya menjadi amalan sesebuah gerakan islam.Sejak kebelakangan ini selepas PRU 12 tanda tanda perubahan terhadap sikap pimpinan dari semua peringkat pimpinan mula belaku perubahan yang amat ketara dengan secara tiba tiba munkinkah ini yang di katakan kesan politik tsunami atau bermulanya godaan hawa nafsu duniawi yang dijanjikan oleh nabi 1500 tahun yang lalu pada pejuang islam.Sudah sampai masanya tuntutan semasa perubahan dalaman PAS perlu dibuat sedikit perubahan demi memperkukukan parti dari sudut organisasi tanpa berkompromi soal dasar dan matlamat bagi mengimbangi kekuatan musuh sedia ada.
.Adakah pabila belaku kemenengan beberapa kerusi parlimen dan DUN serta mendapat kuasa menjadi kerajaan atau mendapat habuan dilantik apa jua jawatan dalam kerajaan campuran mau pun kerajaan tempatan .Perubahan sikap beberapa individu PAS yang memperolehi keselesaan jawatan menampakan suatu reaksi yang amat memeranjatkan dari perubahan sikap individu yang tertentu.Adakah ia sedang di uji dan di cuba oleh allah (AWT)dengan dunia yang sedikit berbanding dengan kemuliaan di akhirat atau ahli PAS masih dalam keadaan terkejut dengan kemenangan yang tidak disangka sangka.
Sebelum saya meneruskan penulisan ini terus terang saya katakanan saya tidak mahu meyeletkan ayat ayat suci al kuran atau pun hadis bagi menguatkan hujuah secara ideal.,memadailah dengan hujah akal supaya pembaca khususnya ahli PAS faham maksud yang tersirat tiada nait untuk menghacurkan melainakan sebagai nasihat terbuka dari akar umbi melainkan luahan isi hati yang terlalu sayang pada perjuangan ini.Saya kuatir pihak yang tidak suka hujah ini mungkin akan mengunakan hujah al kuran untuk mematahkan hujah saya ini begitulah sebaliknya justru mendedahkan kepada kekeliruan fikrah pada ahli yang membaca.
Maklumlah sausana sekarang ini amat sensitif dikala pemilihan calon untuk bertanding jawatan dalam parti semakin panas ada yang berkempin secara hujah dan ada yang melobi secara fikrah namun kalu ada yang berkata tiada lobi atau kempin dalam pemilihan jawatan pada setiap kali muktamar pemilihan itu satu pembohongan yang amat jelas dalam PAS.Lobi dan kempin tetap belaku tapi dengan cara yang sehat semata mata mahu pemimpin yang terbaik memimpin parti tiada unsur rasuah dan habuan seperti UMNO.Kempin dan lobi dalam PAS lebih becelaru dari UMNO ,ahli PAS juga ramai yang celaru hikmahnya jelas musuh amat sukar untuk memehami cara PAS berkempin dan melobi dan amat sukar iuntuk buat spekulasi atau penilaian yang tepat yang tepat.Hanya hujah yang tepat boleh menguatkan dakwaan mereka untuk mempengaruh perwakilan penilaian terhadap prestasi pemimpin dinilai mengikut persepsi perwakilan yang berlainan aliran latar belakang secular,professional dan lulusan ugama ini lah kehebatan PAS.
Sikap Ahli bersangka baik
Sikap ahli PAS yang senentiasa bersangka baik terhadap ahli sesame ahli merupakan amalan tradisi ahli PAS selama ini yang terpuji lantas banyak hikmah yang parti perolehi.Tetapi tanpa disedari disebalik sikap bersangka baik mendedahkan parti kepada kelemahan kelemahan yang tertentu .Amalan sikap yang demikian sekira tidak diurus dengan baik boleh membawa akibat yang burok mengkucar kacir kan parti dalam jangka panjang.Contohnya seseorang yang belainan fikrah dari jemaah lain memasuki PAS semata mata untuk mempengaruhi fikrah luar yang dibawanya dan ahli yang sedia ada bersangka baik terhadapnya.Ahli bekenaan melantik individu tersebut sebagai pemimpin maka atas dasar walak maka fikrah belaianan mula di terapkan dalam minda jemaah tersebut.Tidakkah akibatnya akan sampai satu tahap PAS akan berpecah dari segi fikrah dan seterusnya jadi puak??Ini akan mengelirukan ahli dan seterusnya membawa kepada berlainan manhaj kita tidak memehami maksud dan tujuan seseorang yang mengamalkannya mungkin ada motif sebaliknya.Sebagai contoh sejarah PAS Kedah pernah menerima ahli yang menzahirkan keperbadian yang baik dalam jemaah kemudiannya ahli memberi kepercayaan untuk berkithmat dalam parti hingga keperingkat perhubungan negeri.Tapi dengan takdir Allah (SWT) terbongkar rahsia bahawa individu yang tertentu adalah polis cawangan khas yang di tugaskan untuk menyusup masuk dalam PAS serta menyalurkan maklumat rahsia pada pihak tertentu.Oleh itu sikap bersangka baik sekira tidak berhati hati ianya boleh digunakan oleh musoh atau atau individu yang tertentu untuk mencapai sesuatu ajinda yang kita tidak dapat menilainya secara rasional.
Bagaimana kalau terlalu bersangka baik ini digunakan oleh pihak musuh menyusup masuk ke saf pimpinan untuk memaling dari dasar dan matlamat atau cuba untuk mempengaruhi ahli khususnya perwakilan dan akhirnya membawa perpecahan seperti yang telah belaku pada jemaah islam lain didunia ini terbukti dalam sejarah PAS lebih dari 12 orang ulamak ustaz dan tok guru ada yang dilantik sebagai pimpinan akhirnya meninggalkan PAS.bagaimana kalau sikap kita yang terlalu bersangka baik ini tidak membawa munafaat yang diharapkan dalam jangka masa yang panjang serta menimbulkan masaalah dalaman yang berpanjangan dalam parti .Bagi saya bersangka baik ada had dan batas,bersangka baik boleh mempertingkatkan lagi keberkesanan jemaah agar tidak berpecah adalah pekara ibadat tetapi sekiranya bersangka baik membawa kepada tanda tanda perpecahan adalah satu amalan yang tidak dapat di terima,bersangka baik pada musuh yang kita mengetahui secara jelas dan nyata tidak pernah leka untuk menghancurkan kita adalah satu pekara yang merugikan parti.Bersangka baik perlu kita nilai terlebih dahulu kepada keperbadian seseorang serta motif disebaliknya. Sangka baik kepada mana mana ahli atau pimpinan mana mana peringkat dinilai dari apa yang di zahirkan ,diucapakan ikutan ,dan apa yang dilaksanakan.Apabila seseorang pemimpin itu meminta untuk di beri jawatan,dalam parti atau kerajaan bagaimana kita hendak bersangka baik sedang islam melarang meminta jawatan.Bagi saya meminta jawatan dalam kerajaan kita boleh bersangka buruk sebab ianya mempunyai habuan duniawi seperti gaji dan elaun yang tertentu tetapi meminta jawatan dalam parti adalah dua perkara yang berbeza .Meminta jawatan dalam parti harus kita bersangka baik sebab meminta jawatan dalam parti adalah menawarkan diri untuk diletakan dibarisan hadapan perjuangan ianya tertakluk kepada rekod prestasi calon bekenaan dalam parti sejauh mana pengorbanannya dapat di ukur sekiranya prastasi kerja dalam parti tidak memuaskan dan segala gerak kerja tidak nampak berkesan pada parti apa salahnya kita tidak bersangka baik padanya kalu dia memohon jawatan atau mempertahankan jawatan.Meminta jawatan dalam parti khususnya sebagai pemimpin adalah seperti mewakafkan diri untuk perjuangan di barisan hadapan sebagai panglima untuk beperang sangup menanggong risiko yang tinggi tanpa dijanjikan apa apa habuan duniawi
Lagi tinggi jawatan dalam parti bertambah beratlah lagi tanggong jawap yang harus di pikul dan parti tiada menawarkan habuan duniawi melainkan tugas tanggong jawap lebih mencabar..Kita perlu jelas dalam hal bersangka baik pada pemimpin ada risiko nya amat tinggi pada ahli sebab dalam gerakan islam kususnya PAS tidak sedikit ahli yang bertaraf ustaz,ulamak dan tok guru yang kita bersangka baik pada mulanya meninggalkan PAS satu ketika dulu apabila ajinda yang tersembunyi khususnya fikrah yang berlainan tidak dapat dilaksanakan dalam parti.Terlalu bersangak baik juga akan menjadi kesempatan pada pemimpin itu untuk melakukan banyak kesilapan.Sebab tiada ahli yang menegor atau menasihatinya senetiasa bersangka baik terhadapnya ini seolah olah memberi cek kosong untuk membuat apa yang dia suka.
Sebagai contoh apa yang belaku di negeri Kedah sebaik saja mendapat kuasa memerentah kerajaan negeri ramailah ahli serta pemimpin dari peringkat cawangan dan kawasan datang pada MB untuk menawarkan kithmat jawatan dalam kerajaan negeri mau pun GLC bukan kah ini meminta jawatan.Adakah dengan membolot sehingga lebih dari tujuh portfolio dalam kerajaan oleh MB Kedah tidak boleh kata meminta jawatan dalam kerajaan maka perlu kita bersangka baik .Walaupun apa saja alasan yang diberikan oleh siapa yang berkuasa melantik seseorang untuk pegang jawatan apa bila dia sendiri memegang jawatan yang begitu banyak pada dirinya samalah meminta jawatan.Maka bagaimanakah kita menilai seseorang itu untuk kita bersangka baik sedangkan pada hakikatnya sering tersasar dari matlamat yang sebenar.
Demikianlah sikap ahli PAS sejak ianya ditubuhkan namun ada pekara pekara yang tidak melibatkan dasar dan matlamat parti di bahaskan,dipersoalkan pada setiap kali muktamar tetapi ianya tetap menjadi isu yang lapok tidak diselesaikan secara matang.Apatah lagi dalam jemaah ini terdapat hampir semua golongan,ulamak,ustaz professional,ahli peniagaan,ahli sains kakitangan kerajaan,buroh,petani nelayan, pemandu teksi,pencen,aktivis parti, penyokong parti dan sebagainya.Pendek kata PAS bukan milik sesuatu golongan atau hak sesuatu kaum atau golongan manusia ianya milik setiap individu yang beriman termasuk,binatang,pokok dan tubuhan.Islam adalah dasar yang di perjuangkan maka Islam adalah milik semua secara univesal.Orang kafir atau bukan Islam juga berhak menuntut keatas PAS sekiranya diberi mandat untuk memerentah secara islam iaitu keadilan Islam.
Menilai saf Pimpinan PAS
Sebuah organisasi dipimpin oleh saf pimpinan justru sebelum terbentuknya saf pimpinan, banyak hal harus kita mengambil kira sebelum kita menilai seseorang calon pimpinan yang hendak kita ketengahkan. Perkara ini wajib kita beri perhatian dengan serius sebab ianya melibatkan banyak pekara kususnya matlamat yang hendak dicapai selain imej parti dikanta masyarakat umum yang memberi harapan yang besar kepada PAS untuk memerentah negara ini insyaaalah sedikit masa lagi.Mana mana parti politik atau jemaah atau kaum sejak dari zaman nabi adam melalui mana zaman selepas itu sekalipun tetap ada perbezaan pendapat,fikrah, antara ahli dan juga pimpinan .Ada yang berpecah dan runtuh dari ikatan dan ada yang menjadi lebih kuat dan matang angkara perbezaan pendapat malah ada yang ketahab beperang seperti Afganistan selepas tentera Rusia berundur .Semuanya bergantung kepada dasar dan matlamat yang diperjuangkan dan cara kita menaganinya secara iklas dan niat kita yang suci hanya semata mata kerana Allah (SWT)untuk mencari keredoan Perbahasan atau perbezaan pendapat yang dizahirkan kalau tidak dengan niat yang jujur iklas kerana Allah serta mencari keredzoaan maka manusia itu akan berpecah akhirnya gagal dalam perjuangan menemui kegagalan dan puak lain pula yang akan mengambil alih.
Kesinambongan politik dalaman PAS tidak dapat lari dari dan penilaian dari masa kesemasa dinilai sendiri oleh penyokong serta ahli yang beristikhomah dari berbagai profesion kumpulan,daerah dan negeri. Penyokong dan pengundi yang matang yang beristikhomah merupakan tunjang kepada perjuangan islam dewasa ini. walaupun kita kata ahli PAS sudah mencapai kematangan fikrah tetapi kerap kali timbul berbeda pendapat dan persepsi secara cabang atau soal pokok antara satu sama lain mengenai sesuatu issu,Implikasi dari sikap terbuka PAS menerima ahli dari bebagai aliran dan mazhab dalam PAS memerlukan satu saf kepimpinan yang bukan sekadar bijaksana tetapi dapat diterima dan disenangi oleh semua golongan ,kaum,bangsa,dalam masyarakat..Pemimpin yang hendak di pilih tidak sekadar meletakan ciri ciri kepimpinan seperti uztaz,atau ulamak ,profesional sebagai syarat menjadi pemimpin malah melangkaui lebih dari itu yang harus bersifat global.Meletakan hanya ciri ciri yang tertentu tanpa mengambil kira tuntutan semasa sering tidak dapat meyelesaikan masalah dalam parti apabila berbangkit perkara perkara baru dalam jemaah.Penilaian dari segi krisma seseorang tokoh pimpinan berpandukan kepada latar belakang ilmu bidang ,jurusan apa atau,kelulusan sering dikaitkan sebagai syarat adalah tidak relevent lagi.Kelemahan sebeginilah timbulnya pihak mahu yang begini harus jadi nombor sekian dalam parti padahal realitinya keberkesanan pergerakan parti tidak berpandu kepada hal yang demikian.Sesorang yang berilmu tak semistinya ia boleh memimpin.Nabi (SAW) tidak tahu membaca tapi boleh memimpin .Ramai para Iman termasuk iman yang empat dari ASWJ tidak memimpin apa apa kerajaan.
Pemimpin yang mempuyai krisma ketokohan serta,sejarah pengorbanan yang tinggi untuk menyatupadukan ahli merupakan ciri utama dalam pimpinan.Kalau banyak ustaz atau ulamak tetapi jemaan asik kucar kacir dengan perbezaan fikrah ,mazhab atau ,manhaj perjuangan tidak ada gunanya pada PAS. Masa banyak dihabiskan dengan berbincang soal cabang atau berbahas sedang musuh sudah berada hampir di tengkok kita.
PAS dari semua peringkat perlu sedar ahlinya bertambah setiap hari datang nya dari berbagi jurusan,akadamik dan ugama di tarbiah dari belainan tok guru atau ustaz,sumber pencapai akadamik dari berbagai universiti dan pondok terdedah dengan berbagai aliran mazhab justru pabila menagani sesuatu issu maka timbullah perbagai pernilaian. Maklumat yang di terima oleh ahli pula dari masa kesemasa dari berbagai sumber maka konflik dalaman secara fikrah kadang kala amat merisaukan .Disini kita perlu seorang pemimpin serta pembantu pembantu yang berkrisma tinggi berkesan,walak yang tidak berbelah bagi serta sangup mengorbankan diri untuk perjuangan menduduki kerusi pimpinan atau mengambil alih pimpinan..
Fikrah Pemimpin serta ahli
Pas gagal mengelak dari terdedah kepada tangan tangan ghaib sedang merencanakan sesuatu dalam parti bagi mencapai sesuatu hasrat atau ajinda yang tersembunyi sebab banyak kelemahan tidak dibendung sejak awal lagi.Terlalu bersangka baik merupakan salah satu ciri kelemahan ahli PAS dan pimpinan PAS kurang berhati hati dan terlalu baik sangka tanpa batas.Contoh yang paling nyata soal krisis Asia barat.Ada pemimpin takut atau tidak mahu menyebut Hisbullah sebagai salah satu pejuang Islam yang berkesan hanya berani menyebut Hamas, Ikwanmuslimin dan seumpamanya .Ada yang mencela hisbullah dan pemimpinnya sedangkan Hizbullah dan Hamas masing menerima aliran yang diamalkan masing masing bersatu tenaga melawan Israil.Ada pimpinan PAS mencela Hizbullah atas sentiment mazhab.Ada yang menerima kedua duanya Hamas dan Hisbullah sebagai pejuang islam yang tulin tiada sunni tiada syiah Islam matlamat kita.Ini lah salah satu yang dikatatakan belainan fikrah akibat dari kita bersangka baik yang mampu membawa perpecahan dalam PAS tanpa disedari perkara ini amat di senangi oleh musuh islam supaya umat islam berpecah.Adakah oleh sebab berlainan tok guru maka ukuwah islamiah yang di laun laun kan hanya slogan tetapi hakikat yang tersembuyi adalah pecah dan perentah sedang belaku dalam PAS.Siapa yang kuat pengaruhnya akan dapat menguasai PAS.Kita menuduh UMNO berpecah dan akan runtuh sebab politik wang.Tapi tak mustahil PAS juga boleh hancur sebab hasutan berbentuk fikrah dengan dengan bermain main isu mazhab ,cuba mempengaruhi ahli dengan berbagai penerangan cara halus atau secara direct seperti melobi jawatan mengunakan fikrah yang tidak sehat.
Selepas PRU 12 nasihat dari mursidul am PAS Tok Guru Nik Aziz seolah olah tidak di hormati.Tidak kah rasuah dalam bentuk fikrah oleh pimpinan yang tertentu sedang bermaharaja lela dalam jemaah .
Kecacatan sebegini memang ada dalam PAS kesempatan ini diambil atas dasar bersangka baik cuba mempengaruhi ahli serta mencaturkan pimpinan PAS semua peringkat Sesuatu maklumat yang diperolehi mengenai sesuatu issu dalaman parti perlu kita hati hati terutama dari segi motif dan matlamat.Soal pokok yang kita utamakan telebih dahulu bukan ajinda yang tersembunyi yang di utamakan dengan mengenepikan soal dasar.Faktor luaran yang boleh mempengaruhi sikap pimpinan PAS yang sedia ada perlu ditangani secara telus hingga ke akar umbi.Tindakan berbincang dengan pihak musuh sudah diajar pada kita melalui catitan sejarah dan sirah.,Contohnya dalam Perjanjian hudaibiyah nabi memanggil para sahabat mensyuarat dahulu sebelum melaksanakannya keputusan walaupun nabi (SAW) adalah maksum dari segala aspek kehidupan..Perjanjian hudaibiyah ditulis oleh sahabat kemudian beliau sendiri memberi arahan melaksanakannya .Semuanya setelah berbincang dengan para sahabat dalam jemaah atau syura di buat cara telus dan semua pengikut bersetuju Tiada konflik dalaman atau puak timbul ketika itu kenapa ketelusan begini tidak di amalkan oleh pimpinan PAS yang tertentu dalam meyelesaikan issu yang berbangkit. Akibat dari tidak ketelusan inilah yang membawa kepada pertikaian hujah dan seumpamanya., ada yang mengikut saluran yang sepatutnya dan ada yang dikhabar anginkan dan yangdipengaruhi siaran media manakala ahli pula mula membuat spekulasi mengenai sesuatu issu mengikut persepsi yang tersendiri.
Benarkah PAS itu semakin kuat
Sebagai ahli akar umbi 25 tahun dalam PAS tertanya tanya apa kah PAS semakin kuat apabila berpandukan kepada keputusan PRU 12 atau secara kebetulan belaku tsunami politik maka hampir setiap parti pembangkang mendapat munafaat termasuk Pas. Ahli PAS semua peringkat boleh membuat pos mortemnya sendiri apa bila mengkaji semula setiap peti undi di setiap kawasan dan daerah.Ahli Pas boleh menilai adakah di sebabkan Pakatan Rakyat atas dasar gabongan atau disebabkan pemberontakan protes rakyat yang memuncak .Akibat dari kegagalan BN mentakbir negara ini secara demokrasi maka beralihlah pengundi kearah parti pembangkang yang bertanding.Atau adakah kemenangan Pas di kawasan DUN dan Parliamen secara keseluruhan disebabkan penerimaan masyarakt terhadap Islam.dan boleh kah mendabit dada bahawa dakwah islamiah yang di bawa oleh PAS telah berjaya dan mendatangkan hasil.Kita sudah di terima oleh yang bukan islam. atau kita sedang mendapat ghanimah perang selepas belaku pertempuran di medan perang bersama pakatan rakyat dan bukanya kemenangan yang hakiki.
Walau apa pun keputusan dari posmortem atau analisis yang kita buat apa yang tersurat dan tersirat yang ternyata ialah kemenangan PAS di banyak kawasan bukan disebabkan kesan positif dakwah yang dijalankan.Cuma PAS kuat kepada dasar dan matlamat yang jelas dan bukannya disebabkan hal hal lain..ia itu islam dan dakwah yang beterusan..Menang atau kalah dalam PRU tidak membawa kesan pada PAS .PAS bertugas tanpa henti menyampaikan dakwah sepanjang masa.Sejauhmana kita telah mencapainya itu sebenarnya harus kita ukur. sebab perjuangan tetap diteruskan demi menunaikan tanggong jawap melaksanakan tugas dakwahnya hingga ke hari kiamat tiada had.
Sejak dari Pas di tubukan PAS hingga sebelum pengumuan keputusan PRU 12 nada dan irama yang di dendangkan oleh PAS cuma sekadar gelombang yang normal tetapi selepas satu tahun meraikan kemenangan berbagai gelombang perubahan dalaman yang agak nakal mula belaku.Gelombang ini mula menunjukan kesan nagatif tidak menentu kesannya mula kita rasai ia amat merisaukan semua pihak termasuk yang bukan islam yang pro Pas..Lebih parah lagi ianya belaku apabila PAS mendapat kerusi Menteri Besar serta kuasa memerentah di 2 buah negeri disamping mengekalkan yang lama ia itu Kelantan apakah hikmah disebalik kemenangan ini???
Wajarlah apabila berjuang di medan perang belaku kemenangan maka terdapatlah rampasan perang,ghanimah harta rampasan dan seumpayanya maka Dalam PRU 12 terjadilah menang dan dapat habuan.Beza sekali dengan medan jihad menang rampasan perang pelaksanaan Islam .Sudah pastinya ahli Pas dari semua peringkat tidak dapat lari dari melalui gelombang ini sebab sikap semula jadi manusia tabiat baik dan buruk mula menunjukan kesan nagatif sepert tamak,mahu habuan,jawatan,pangkat dan sebagainya. Maka apa yang sesungguhnya belaku ialah disebalik kemenangan PRU 12 kita sedang di uji dan dicuba oleh Allah kususnya kepada pimpinan yang mempuyai kuasa untuk membuat keputusan dalam kerajaan mau pun parti.
.Namaun demikian keimanan dan takwa sajalah yang dapat membendong penyakit ni.Persoalanya sejauh mana dapat kita hadapi dugaan ini.Peritiwa bukit Uhud merupakan bukti sejarah yang tuhan jadikan kepada manusia sebagai petunjuk.dimana pejuang yang mengengkari perentah nabi meninggalkan bukit Uhud untuk mendapatkan ghanimah perang menghadapi akibat yang memakan diri.Ternyata apa yang belaku sekarang adalah berulangnya sejarah secara yang tersurat.
Kesan di sebalik dari PRU 12
.Apabila kita bandingkan kejayaan PRU 12 dengan Issu dalaman parti bolehkah kita kata PAS itu semakin kuat dan semakin mantap atau semakin bercelaru?Dari sudut organisasi parti. Mampukah PAS meneruskan perjuangan mencabar pihak kufar mustakbirin,munafikin secara berterusan sehingga mencapai kemenagan yang mutlak Sejauhmana kekuatan ahli biasa hingga peringkat pemimpin tertinggi parti berpegang teguh pada prinsip Islam atau tewas dengan godaan hawa nafsu dan godaan syatan dan habuan dunia justru musuh mentertawakan kita. Kemenangan juga satu beban dalam perjuangan menilai sejauh mana kemampuan PAS dalam mempertahankan kemenangan yang sedia ada merupakan tanggongjawap yang amat berat .Meneruskan perjuangan untuk menakluk kubu musuh yang seterusnya disamping itu mempertahankan kubu yang sedia .Ini lah yang merupakan merupakan ajinda berat yang setarusnya PAS kena laksanakan..
Adakah kemajuaan yang di capai dalam PRU 12 megandungi yang tersurat untuk para pejuang islam ,ahli dan pimpinan PAS untuk mengambil iktibar dari nya.Bagi saya apa yang tesirat semakin nyata ia itu PAS sedang di uji dan di cuba oleh Allah di semua peringkat termasuk pimpinan Ulamak,Pimpinan No 1 no 2 dan seterusnya dengan segala ujian yang lebih perit lagi iaitu cintakan dunia dan takut kan mati .Yang nyata implikasi dari kejayaan yang dikurniakan Allah rupa rupanya ujian terhadap pimpinan dan ahli yang masih lagi merayakan kemenangan disamping lupa bahawa tugas yang lebih penting dan lebih berat menantinya.Kesanya mula kelihatan belakunya kocakan air dalam cawan pada peringkat mula kini sudah mula menunjukan kesan yang menuju kepada taufan besar. dan lebih buruk lagi di sausana pemilihan jawatan dalam parti.
Sekiranya pekara ini tidak dibendung dan di ambil tindakan oleh ahli yang beristikhomah sekian lama munkin akan menghasilkan gelombang besar yang dahsyat dan Allah (SWT) akan menarik balik hikmat pada hambanya yang tidak bersyukur..Kita mendapati ada pihak yang tidak berkesempatan mendapat ghanimah perang mengambil kesempatan untuk menuntutnya dan ada yang sudah mendapat haknya dalam berbagai bentuk jawatan dalam kerajaan MB,Exco,Ahli Majlis ADUN,MP, masih tidak mencukupi.Sehingga saya pernah mendengar ada seorang ADUN yang telah menang kerusi DUN mengatakan ruginya aku tidak bertanding kedua dua kerusi ADUN dan Parlimen kalu tidak aku dapat dua elaun.Sudah mula ujud kroni dan mengujudkan puak atau kumpulan.Orang tok guru lah orang presiden lah,Orang exco lah ,Orang MB Geng Mukabalah dan sebaginya.bukan kah ini kuman kuma asyobiah????
Perubahan ketara kepada ahli PAS yang menang dalam petempuran habuan sepert gaji yang lumayan,dari tiada skim pencen kepada skim pencen,dari seorang pejuang yang daif hanya mampu kereta lama yang sering rosak kepada kereta baru,dari berbaju melayu berkepiah putih kepada jeket dan kot bersongkok hitam ,dari tidor di masjid bila musafir kepada hotel berbintang bintang,dari berjalan tanpa escot kini sudah ada escot .Ini lah habuan duniawi sifat sementra yang sedang allah ujikan kepada hambanya khusunya mereka yang memperoleh harta rampasan perang.Pada hakikat yang sebenarnya sama ada mereka sedar atau tidak mereka mereka ini sudah terjerumus kedalam satu lagi petempuran yang lebih hebat ia itu beperang dengan hawa nafsu petempuran yang tidak akan tamat dan kebanyakanya kalah dalam medan ini.
Sekiranya individu yang terdiri dari Ustaz, Ulamak,ahli biasa PAS golongan profesional diberi kemenangan dan mendapat habuan bolehkah ia terselamat dengan godaan nafsu.. dan habuan duniawi seperti pejuang islam yang terdahulu,Kita tidak mahu PAS menang di medan jihad pilihanraya tapi PAS kalah di medan jihad hawa nafsu.Mari kita menghitung dan mengambil iktibar dari apa yang dikurniakan Allah (SWT) kepada pemimpin kita.Adakah mereka mengunakan segala hasil ghanimah rampasan perang untuk memperkukukan serta memperkuatkan lagi parti terus bejuang sehingga mencapai kemenangan yang total atau mengisi perut dan mengumpul harta ke kubur.Allah menguji kita sewaktu kemenangan PAS di Terangganu pada 1999.Allah (SWT) tarik balik dan digantikan dengan kaum yang lain pula.Dimana kesilapan kita PAS ketika itu. Hakikatnya PAS kalah dari dua aspek di Terangganu,Parti dan nafsu..
Ujian kepada pejuang Islam
.Dalam sejarah perjuangan islam sejak dari zaman nabi dan para sahabat terbukti air yang berkocak bermula dalam cawan hingga kepada peringkat rebut taufan seterusnya hingga belaku keruntuhan empire islam itu sendiri.Contohnya peristiwa Karbala. bagaimana ianya belaku puncanya dari pemimpin yang gagal dengan ujian allah sehinggakan belaku peperangan melintasi sifat kemanusian.Manusia tidak lagi menenilai nyawa manusia walupun melibatkan keluarga rasullalah itu sendiri kedua belah pihak yang beperang mengakui pejuang islam .Apakah bersangka baik tidak ada pada zaman itu.Yang memerangi keluarga nabi adalah sahabat nabi itu sendiri kenapa ulamak PAS berdiam dan tidak mengambir iktibar dari perisatiwa ini agar ahli lebih memehami erti sebenarnya dalam perjuangan yang bertitik tolak dari amal makruf nahi munkar.Pihak yang kecil boleh mengalahkan puak yang besar sekiranya ia betul beriman.Pihak Zalim yang besar juga boleh belaku lebih besar kezaliman pada yang hak yang lebih kecil atas nama islam juga.Peristiwa karbala perlu kita perhalusi dengan sebaik munkin bagi mencunkil sesuatu hikmah yang tersembunyi.
Sejarah mengajarkita supaya mengambil contoh dan tauladan.Walau pun demikian Allah juga yang mememberi pertunjuk ke pihak yang benar dan pihak mana yang batil dan ianya sebagai panduan kepada kita yang mengakui sebagai pejuang islam
Pimpinan cuba mendahulu Ulamak
Implikasi selepas PRU 12 kita nampak kebelakangan ini kepimpinan PAS menzahirkan pendapat mengenai sesuatu issu di ciptanya sendiri dan diulas pada umum mengikut persepsi nya yang tersendiri bangkit pula pemimpin lain membuat kenyataan demi kenyataan yang belainan malah bercangah antara satu dengan lain padahal kita ada majlis syura ulamak dimana ahli dan seluruh pimpinan memberi walak justru menyanjong tinggi apa apa keputusan yang dibuat.Oleh kerana pemimpin yang membuat kenyataan tersebut juga kita nobatkan sebagai ulamak manakala pemimpin berjawatan tertinggi dalam parti Mursidul Am pula mempuyai penderian yang berlainan mengenai issu issu yang berbangkit maka timbulah tanda tanya.Dimana letaknya kuasa majlis syura ulamak kuasa presiden parti dalam menentukan hal hal yang demikian.Kenapa ianya boleh terjadi sedemikian rupa.
Tidak kah kita terfikir bahawasanya tanggong jawap khusus dan kuasa kuasa yang tertentu perlu di bahagikan kepada dewan dewan yang bekenaan.mengikut darjat masing masing.Adalah lebih afdal dan tertib jika setiap pemimpin mana mana peringkat dari mana majis atau dewan memehami bidang kuasa yang dihadkan kuasa untuk bertindak atau membuat keputusan.PAS sudah berusia lebih 50 tahun kepimpinan ulamak juga menjangkau masa yang agak lama kenapa sejak kebelakangan ini sering saja melahirkan sesuatu yang tidak matang dari segi organisasi.Konflik dan kenyataan yang kontravesiol tetap belaku sedemikian rupa adakah kita sedang di uji dan di cuba oleh Allah (SWT). ,atau PAS menjejaki zaman perpecahan seperti yang terdahulu.
Isu berbangkit
Mukabalah,Kerajaan Perpaduan dan sebagainya pekara ini melibatkan hala tuju parti yang membawa kesan pada seluruh ahli dan amat berkait rapat dengan dasar parti kenapa tidak di uruskan dengan bekesan mengikut saluran yang telah kita sendiri adakan seperti yang termaktub dalam pelembagaan.Sebab itu lah sering kali ahli dan pejuang bawahan maupun pejuang di barisan hadapan mempertikaikan dan berbelah bagi mengenai hal yang berkait..Belakunya kejadian menarik balik kenyatan menujukan kelemahan kepimpinan itu satu hakikat yang harus di terima oleh pemimpin ini lah imlikasinya.Soalnya kenapa pekara ini boleh belaku adakah kita tidak mematuhi nasihat mursidul am jawatan yang tertinggi dalam parti agar membincangkan dahulu dengan ahli dari peringkat bawah hingga ke peringkat pusat melalui muktamar kenapa perlu tegesa gesa membuat keputusan dan di umumkan.Soal kerajaan campuran atau mukabalah kerajaan perpaduan dan seumpama nya kenapa tidak dengan cara yang tertibPersepsi ahli mudah saja .Adakah lain ulamak dari lain jurusan atau lain guru mempuyai berlainan fikrah atau golongan professional dan ulamak bertembong atau masing masing merasa tergugat dengan kedudukan dan jawatan atau takut tidak terpilih semula dalam pucuk pimpinan atau cuba menjadi hero dalam perjuangan.Apa yang saya nampak kubu kita telah ditembusi musuh secara penaklokan fikrah pemimpin dimana disana terdapat habuan yang menanti tanpa turun berjuang di medan petempuran..
Hakikatnya dimata umum seperti retak menanti belah ujudnya kumpulan apabila ujudnya Egdorgan,Mukabalah dan seumanyanya jelas menunjukankan belainan fikrah yang amat mencemaskan ahli PAS bawahan serta penyokong terutama peringkat akar umbi..Sejarah islam membuktikan kejadian seperti ini pernah ujud tidak mustahil boleh berulang dalam PAS akan terjadi puak puak disana sini dalam parti seperti dizaman di zaman para sahabat hingga keperingkat pembunuhan khalifah.Ditambahnya lagi penyakit dan kuman asyobiah yang amat kita takuti.sudah mula menghingapi ahli Pas dan pimpinan Pas yang tertentu kuma sedang merebak ini yang sedang belaku dan akan jadi parah sekiranya tidak di bendung
Permainan Politik dalaman
Ada pemimpin yang tertentu dalam PAS amat senang untuk bermain dengan issu ini contohnya “Issu anak tempatan .Saya ingin bertanya sejak bila kita mula mengkaitkan pekara ini apabila timbul memilih calon walaupun alasan stratijik parti untuk menang PRU atau PRK tapi pada hakikatnya ianya tetap asobiah namanya. Islam mencapai kemenangan atas sifatnya yang suci dan bebas dari amlan atau fahaman asobiah dan jahiliah.pemimpin Pas harus sedar pekara ini .Saya berani mengataakan sekiranya pemilihan calon Pas dimana mana kawasan meletakan asobiah sebagai modal ini amat bertentangan dengan apakah ini yang di ajar oleh nabi kita ???.Dimana prinsip islam kita? Yang lebih parah apabila ada pemimpin yang amat senang menggunakan issu mazhab bagi mencapai ajinda yang tersembuyi dan merelakan PAS ini menjadi berpuak puak daripada bersatu dalam satu saf tanpa mempertikaikan soal mazhab..Ini yang amat ditakuti oleh ahli sama ada kita sedar atau tidak ini lagi satu ujian pada pimpinan PAS bertentangan dengan prinsip yang dilaungkan.oleh PAS selama ini.
.Apakah ahli PAS yang sedia ada hanya sekadar melihat dengan mata putih atau berbahas berdialog atau bertengkar di kedia kedai kopi angkara pemimpin yang buat hal hal ini.Boleh kah pemimpin berselindong dan memberi alasan bahawa tiada belaku pepecahan fikrah dalam Pas dan semuanya adalah angkara musuh musuh PAS yang sengaja di ada adakan dan ingin melihat pepecahan dalam PAS.Betulkah hal demikian???Atau penyakit ini adalah di sebabkan oleh sikap ahli PAS dan pimpinan PAS yang tidak berhati hati serta tidak mengambil inisiatif untuk mencegah sebelum merebak ke akar umbi atau cegah sebelum parah.
Negara umat islam yang mempuyai Parti Islam di seluruh pelusuk dunia juga melalui gelombang yang sama ada yang berpunca dari belainan fikrah,ada yang disebabkan mazhab dan ada yang belainan teknik dan stratijik.Hasil dan akibatnya ada yang semakin mantab, matang dan kukuk dan ada yang menjadi lemah dan lesu.Umpama satu malamat menaiki gugung mencapai satu puncak yang satu tetapi belaian laluan dan teknik pendakian. Ada yang lesu di tengah jalan ada yang jatuh di lering bukit.
Lupa tanggong Jawap
Betulkan apabila kita mencapai kejayaan kita mudah lupa pada tanggong jawap.Kita harus sedar sebagai ahli PAS tugas kita sebagai daie merupakan tanggungjawab yang kusus bagi setiap ahli. Manhaj PAS adalah dakwah fikrah PAS adalah islam matlamat PAS adalah menegakan Syariat di Malaysia dengan cara demokrasi.Kita masih ketinggalan jauh dari segi memberi dakwah kepada bukan Islam bagi mendapat sokongan dari mereka dan seterusnya mendapat kemenangan yang total lantas tidak perlu lagi kepada apa apa gabongan dengan parti sekular yang lain.Kekuatan PAS bediri teguh atas sifatnya sebagai Parti Islam.Inilah yang seharusnya semua pimpinan PAS termasuk majlis syura ulamak memikirkannya dan mengakuinya,
Sesiapa yang kita lantik pemimpin untuk memimpin dan kearah mana yang hendak dipandunya kita sebagai ahli jemaah yang sesuai dengan dasar dan matlamat parti .Sejak kemenangan PAS yang sedikit dalam PRU 12 kelalaian terhadap tugas yang sebenar mula nampak semakin jelas meletakan ruang pada musuh untuk meyerang kita dari belakang.Cukup dengan hujah pihak UMNO ia itu sebelum PAS dapat kuasa digunakan bebagai ayat ayat suci Al kuran dan hadis untuk menegakkan hujahnya begitu juga sebaliknya.ini sedang belaku dalam kerajaan dan juga tidak ketinggalan dalam Parti itu sendiri yang dipimpin oleh ulamak.Tetap bila menang dan dapat kuasa berbagai alasan digunakan untuk tidak melaksanakan apa yang dijanjikan.Mereka mudah memberi alasan bahawa PAS tidak memegang kerajaan pusat lantas undang undang syariat Islam hanya mampu dilulusan diperingkat negeri tapi tidak diperingkat pusat.Apakah menarik lesen judi dan arak perlu hingga ke peringkat pusat seperti di Kedah???.
Apa yang jelas pada kita ini ialah bila dan menang pemimpin dah boleh habuan duniawi kerajaan PAS hanya mampu buat rumah terbuka setiap tahun dengan lebih meriah lagi, kerajaan lebih telus tiada rasuah baik sikit dari umno tanpa pekara tersebut tak ubah macam UMNO komen masyarakat yang sering kita dengar di kedah.Pas berjuang untuk menang bukan untuk memerentah sehingga hari ini demikianlah yang di nilai oleh rakyat Kedah dan penganalisa politik bebas dan NGO.Bagi saya sehingga hari ini kata kata ini ada kebenarannya dan harap ianya akan berubah tetapi jangan mengambil telalu lama sehingga rakyat berubah fikiran untuk kalih semula.
Musuh tidak pernah lalai dari matlamat mereka untuk menghancurkan Islam.Sepatutnya Jemaah Islam belajar dari kesilapan yang lalu namun apakah yang menghalang dari mengulangi kesilapan kali kedua.Habuan dunaiawi kuasa,pangkat,wang ringgint ,harta benda dan seumpanyanya merupakan senjata yang digunakan pihak musuh untuk mehancurrkan Islam.Sasaran yang di utamakan kepada pemimpin yang lemah dari sudut fikrah dan walak.
Serangan musuh dan ketahanan PAS
Sama ada sedar atau tidak musuh senentiasa mencari ruang ruang yang terdapat kelemahan pada pemimpin, . bagi mencemari matlamat perjuangan ini.Ada pepatah yang mengatakan Islam tidak akan di patuk dua kali dilubang yang sama tapi sekiranya kita lalai dan lupa pada matlamat asal perjuangan serta pemimpin masih lagi dalam buaian serta habuan kemenangan maka tidak mustahil ular akan mematuk di lubang yang sama.beratus kali..
Oleh itu, calon-calon yang bertanding untuk jawatan yang tertentu mempunyai rekod- rekod yang tersendiri dari berbagai aspek dan penilaian haruslah diambil kira. Dewasa Pemuda,muslimat,ulamak dari semua peringkat perlu berkerja belipat kali ganda dari sebelum PRU 12.Sebab PAS telah diberi peluang dapat kuasa dan masa ini lah kita membuktikan pada rakyat bahawa kita boleh perentah sepertimana kita janjikan sebelum pilihanraya.Setiap tindakan kita serta perubahan corak pemerentahan perlu bertitik tolak dari dasar parti yang kita perjuangkan ia itu Islam.
Apabila rakyat dapat lihat bukti yang jelas dan nyata setelah pengundi itu sendiri merasakan satu perubahan yang dinamik kearah keadilan islam ,serta pemimpin PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan menunjukan sikap zuhud,meletakan kepentingan rakyat melebihi dirinya sendiri ,keserderhanaan gaya kehidupan pemimpin yang membezakan dengan yang lama maka secara tidak langsung orang bukan islam akan tertarik dengan islam.Maka PRU yang akan datang sokongan PAS akan semakin kuat dan tidak perlu lagi apa apa gabongan dengan parti lain.Sesuai lah dengan apa yang dikatakan islam tegak dengan sendirinya belandaskan kepada dasar yang di perjuangkan dan bukannya menang sebab kejasama dengan parti lain.
Risiko berat yang kita tanggong ketika ini ialah sekiranya kita tidak menunaikan apa apa tanggong jawap kita sebagai parti Islam maka pengundi tidak akan pecayal lagi dan PRU seterusnya tidak mustahil kita PAS akan jadi pembangkang di negeri Kedah. Dan negeri lain.
Ramai individu yang terdiri dari penganalisi politik yang mengatakan PAS kuat di negeri Kelantan hangga dapat perentah sekian lama di sebabkan MB nya yang berjaya memperlihatkan kepada mata rakyat secara jelas aklak pemimpin Islam yang sebenar,Benarkah demikian??Ada kebenarannya dari aspek kepimpinan Semua rakyat Kelantan tahu keperbadiannya,keiklasannya dalam memperjuangkan islam mengikut ruang undang undang yang ada .Kesungguhannya ketelusan pemerentahannya yang bersih terserelah tiada dapat dinafikan lagi.Kekutan PAS Kelantan adalah terletak kepada Kekuatan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Pemimpin contoh kenapa MB KEDAH tidak mahu mencontohinya.Adakah sebab MB kelantan itu ulamak maka kelantan di perentah cara ulamak manakala Kedah MBnya ustaz maka perentah cara ustaz.Saya pernah dengar kata kata ini keluar dari Wisma Darulaman.
Siapa Ulamak/ustaz
Menilai individu yang tertentu yang kita kategorikan sebagai ulama atau ustaz-ustaz yang mempunyai perbagai kelulusan akadamik sering mempunyai perbezaan pendapat dan tafsiran mengenai sesuatu isu juga sedang menjadi satu tren yang amat meyedihkan dalam Pas. Pokoknya, adakah kita nampak tafsiran itu ikhlas demi mencapai matlamat kemenangan Islam yang hakiki dan ada tafsiran mengenai sesuatu issu semata mata mencari jalan mudah untuk kesenangan peribadi dalam menjawat pangkat dan kedudukan duniawi..Ditambahnya lagi dengan kenyataan kenyataan yang mengatakan untuk menjadi pemimpin Nombor sekian dan sekian mistilah orang kelulusan bidang ugama sekian dan sekian.Semua keyataan ini amat mengelirukan.Adakah begini caranya Nabi kita mengajar kita dalam kontek memilih pemimpin.Setiap kali ada gelanggan merebut jawatan dalam parti ada saja pemimpin yang kita namakan Ustaz atau ulamak membuat kenyataan kenyatanan yang memberi bonus kepada pemimpin yang tertentu untuk di pilih..Tidak kah ini juga boleh kita sifatkan undi bonus kepada pemimin yang tertentu yang sering kita kritik dalam UMNO????Umno tidak demokratik kerana ada Undi Bonus kata kata ini sering kita tujukan pada UMNO.
Ahli-ahli parti yang membuat penilaian sendiri menilai dari berbagai sudut perjuangan. Ianya haruslah bertitik tolak dari kepentingan jemaah secara keseluruhan dan bukannya terbawa-bawa dengan cara UMNO/BN melantik presiden dan MKT di mana sering di kaitkan dengan rasuah, kroni, puak. Matlamatnya hanyalah mengejar kuasa, pangkat/jawatan dan kebendaan. Terlebih dahulu kita harus sedar bahawa kita dari Parti Islam yang berbeza seperti langit dengan bumi dengan parti politik sekular yang lain. Di mana Politik dan Ugama adalah satu.
Kepimpinan Ulamak
Adakalanya individu yang tertentu bijak mengeluarkan pendapat atas kapasiti jawatan yang dikira dapat mempengaruhi apa apa keputasan yang akan dibuat oleh pimpinan yang lain ini tidaklah salah malah menjadi kelazimam tetapi biar lah apabila perkara perkara melibatkan dasar dan matlamat parti tugas ini diletaknya kepada Majlis syura ulamak dan mursidul am PAS.Sebab mereka lah institusi yang paling berilmu dalam kontek ilmu Al kuran dan sunnah.Ia akan menjamin parti PAS tidak tergelincir dari dasar dan matlamat manakala dari sudut pelaksanaan dasar tugas ini di pikul oleh pemimpin eksekutf yang disandang oleh Pesiden dan,Tim.Presiden dan AJK pusat yang tidak perlu kepada taraf ulamak atau ustaz memadai dengan kemahiran professional yang di miliki..
.
Ahli yang bijak dan matang yang sekian lama istikhomah kususnya akar umbi PAS dengan parti akan dapat menilai sajauh mana kebenaran dan implikasi kepada kenyatan kenyataan yang dikeluarkan..Kita menilai dari sudut keiklasan dan realitnya.Maksud saya contoh seorang pemimpin mengeluarkan kenyataan bahawa Pemimin No 1 dan No 2 misti ulamak.Sedangkan kita sudah mempuyai Dewan ulamak yang berfunsi sebagai majlis syura Ulamak dan ahlinya sudah tentu wajib ulamak.Apakah tidak cukup kemas atau mantab sifat PAS sebagai Parti Islam Kepimpinan Ulamak.Kenyataan ini dari sudut rasionalnya mendedahkan kepada satu kelemahan organisasi.
Pelembagaan parti tidak pernah meletakan syarat tersebut tapi kenapa setelah hak yang tertinggi sebagai Dewan Ulamak di berikan kepada yang berhak masih lagi ada pihak yang tidak begitu senang masih belaku.kenyataan tersebut Pekara ini sering berulang pada setiap kali ada pemilihan Parti.terutama sekali jika ada pertembongan antara ulamak dan professional.
Kemelut ini perlu di teliti dengan bijak dimanakah kelemahanya hingga meyebabkan seorang yang bertaraf ulamak mengeluarkan kenyatan bekenaan .Ahli menilai keyataan ini dari berbagai sudut manakala musuh menilainya dari aspek mencari kelemahan parti dan mengambil kesempatan..Kenapa tidak kita cari titik pertemuan dari awal lagi sebelum isu ini berulang ulang sehingga timbul satu spekulasi serta persepsi yang nagatif terhadap ulamak.Kita harus dapat menyelesaikan kemelut ini sepertimana yang di buat oleh para sahabat dahulu.
Akibat mengeluarkan kenyataan tersebut.implikasinya pada parti akan belaku perpecahan dari sudut fikrah dan kekeliruan pada ahli akan memuncak maka tidak mustahil sebarang keputusan ulamak tidak di hormati.Kuasa legistatif dan kusa eksekutif harus lah di pisahkan.Kuasa legistatif perlu diletakan di paras yang tertinggi ia itu majlis syura ulamak.Kuasa Eksekutif melaksanakan pentabiran dan pengurusan dan semistinya teletak kepada Presiden dan Timbalan Presiden dan seterusnya secara kolektif AJK pusat.
Peyelesaian yang mudah
Apa yang sepatutnya belaku ialah Kepimpinan Ulamak dalam Pas harus di mantapkan lagi dengan diberi kuasa yang lebih tinggi sehingga boleh memecat,menyikirkan Orang Nombor satu Nombor dua dan seterusnya dalam Parti sekiranya pemimpin itu meyelewang ,atau melakukan sesuatu bertentangan dengan dasar dan matlamat parti
Majlis syura ulamak harus di berikuasa yang mutlak sehingga boleh memberi arahan kepada pemimpin parti mengadap dewan bekenaan untuk di ambil tindakan yang sewajarnya;Kepimpinan ulamak hurus diberi kuasa yang tertinggi bukan saja syura tetapi tempat rujukan yang tetinggi,membuat keputusan muktamat,serta bertindak sebagai badan kehakiman dalam PAS sekiranya terjadi apa apa krisis dalaman.Skop yang lebih luas merangkumi aspek hukum,syarak yang termaktub dalam Al kuran ,sunah .Manakala pekara yang melibatkan pentabiran parti tidak melibatkan dasar dan segala tanggong jawap kuasa bukan legistatif diserahkan kepada pihak pimpinan yang Profesional tanpa kelayakan ustaz atau ulamak mencukupi dengan kelayakan politik dan fikrah atau akedamik tetapi mampu memimpin dengan berkesan..
.
Ulamak dengan cirinya yang sesuai dalam mentafsirkan hokum yang belandaskan kepada Al kuran wajib di letakkan di peringkat yang tertinggi di geruni dan di hormati oleh semua pihak.Kepempinan ulamak melalui sifatnya sebagai majlis syura di beri hak kuasa yang tertinggi sehingga boleh mengambil sebarang tindakan displin ahli dan semua pimpin,di semua peringkat sehingga memecat atau mengantongkan jawatan semua peringkat tidak kira apa nombor sekali pun dalam parti.
Disekitar. 80 dan 90 an. dan Tradisi ulamak di kerusi No 1 dan No dua terjadi secara kebetulan tetapi Dewan Ulamak tetap ditingkat yang tertinggi Cuma tiada kuasa memecat.Kenapa kita tidak boleh buat sedikit perubahan minda demi memantabkan parti dan dapat meyelesaikan banyak masaalah dalaman yang belarutan hingga kini
Contoh Yang mudah
Kenapa kita tidak boleh ikut contoh yang baik yang di amalkan oleh Iran dimana Imam dan Majlis ulamak adalah penentu kepada pekara yang berkait dengan dasar parti atau dasar Negara.Adakah disebabkan ulamak Pas dan Ustaz Pas yang tertentu taksub mazhab hingga tidak dapat mengambil contoh yang baik dari Repalik Islam Iran…Apabila disoal sekiranya PAS memerentah Malaysia model apakah yang akan di ikuti oleh PAS.persoalan ini timbol sebab dalam sejarah Islam sejak dari zaman nabi hingga ke hari ini terdapat Negara yang telah menjadi Negara Islam dan ada yang runtuh ianya melalui berbagai zaman kalifah dan juga kahlifah moden.Dari zaman khalifah Abu Bakar hingga Zaman pemerentahah khalifah Omar Abdul Aziz dan seterusnya sehingga Repablik Islam Sudan ,Afganistan dan Iran .Tetapi apakah model PAS yang mahu di ikuti.Adakah memadai dengan menjawap Negara Islam ala PAS.????Majlis syura ulamak PAS sepatutnya mempuyai pendirian modal apakah yang terbaik sebagai negara Islam dalam hal ini dan diterjemahkan pada umum oleh pimpinan No satu dan Nombor dua dan seterusnya.
Ini sepatutnya di suarakan oleh ulamak dan ahli.Dengan adanya kuasa yang sedemikian itu pemimpin yang bertaraf President dan tim Preseden atau lebih di kenali sebagai orang Nombor satu dan nombor Dua dan yang seterusnya akan senentiasa bertindak mengikut dasar parti yang di jamin oleh majlis syura ulamak yang memantau.
Siapa Ulamak
Bila muncul saja isu ulamak maka tertanya tanya lah kita siapakah yang layak kita nobatkan sebagai ulamak kususnya dalam PAS ini Adakah disebabkan oleh sebutan atau ikutan pengikut atau anak murid nya yang mengatakan ulamak maka kita pun turut mengatakan ulamak.Pengertian Ulamak sebagai pewari nabi,Ulamak Warisatul ambiak,Ulamak ul suk(Ulamak Jahad),dan seumpanyanya.Semuanya telah diajarkan oleh guru guru serta ustaz ustaz dalam Parti kita.Adakah seseorang yang ada sedikit kelayakan akademik bidang ugama boleh mengelar dirinya ustaz atau ulamak kalau demikian maka jatuhlah taraf dan nilai ulamak,Gelaran ,ustaz,Ulamak,ulamak haraki dan seumpayanya adalah gelaran yang dilebel oleh masyarakat yang menilainya.Tetapi dalam budaya parti kita balik dari Azhar Mesir,ustaz lah ia,ada Ijazah lanjutan atau PHD ulamak lah dia kalau hal yang demikian dalam UMNO pun ramai dan tidak berparti pun banyak tapi kenapa ahli tidak menerima hujah mereka .Inilah yang saya tertanya tanya dengan setengah golongan dalam PAS.
Timbul pertanyaan siapakah yang dalam saf pimpinan ulamak PAS yang kita ketogerikan sebagai pewari nabi nabi.Sejak Pas di tubuhkan tidak kuarang dari 30 individu yang di ketogorikan ustaz/ ulamak yang meyertai PAS dan lebih dari 12 orang yang juga berkategori ulamak dan Ustaz meninggalkan PAS apakah apabila apabila individu yang tertentu masuk PAS mereka pewari nabi dan apabila meninggakan PAS mereka bukan lagi yang demikian.
Apakah dengan bekeluusan ijazah,PHD lulusan azhar,Madinah Mekah atau atau universiti tempatan dan sekian lama belajar di pondok apa bila menjadi ahli PAS atau aktif dalam PAS kita nobatkan ia sebagai Ulamak Walau pun keperbadian dan amalan pada zahirnya hampir sama dengan yang tanpa kelulusan Ugama dan seupamanya. Adakah yang mengutarakan pendapat atau fatwa bersesuian dengan ulamak PAS maka kita gelar ulamak tapi jika disebaliknya kita lebelkan sebagai ulamak sesat,syatan,dan sebagainya.Adakah nabi mengajar kita cara yang demikian untuk menilai manusia. Dan mengketegorikan sebagai ulamak atau ustaz.
Dimanakah anda terjumpa apa penulisan sebagai bukti bahawa Almarhom Syed Khutub,Al Maududi,Hassan Albana mengakui diri mereka ulamak atau pemimpin gerakan Islam yang terdahulu mengelarkan di mereka ulamak atau Pemimpin Palestin yang terbunuh satu demi satu mengelar diri mereka ulamak atau ustaz tetapi apa.Kenapa golongan professional dalam PAS tidak digelarkan sebagai ulamak .Apa yang belaku di Kedah MB nya mengakui dirinya seorang ulamak dan ada ketika dia mengakui dirinya hanya lah Ustaz dan ketika PAS di ambang pemilihan pimpinan tiba tiba di mengaku dirinya ulamak.pula.
Matlamat asal kepimpinan ulamak dalam PAS
Saya sebagai akar umbi PAS amat memehami dengan apa yang tesurat dalam PAS salah satu matlamat serta tujuan PAS melalui kepimpinan ulamak untuk melahirkan satu saf pimpinan yang haraki bagi memimpin PAS kearah yang di redoai Allah.Dengan adanya individu yang sebenar benar alim terbukti kesungguhan dan keiklasan perjuangannya bedasarkan kepada ilmu yang diamalkan maka sesuai kita mengelarnya Ulamak yang betaraf haraki..Maka Muncullah ulamak haraki seperti.Al marhom Utz Fadzil Mohd Nor,Tuan Guru Haji Yahya Junid,Al Marhom Tuan Guru Hj Yusof Rawa,Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat,Tuan guru Hj Abdul Hadi Awang.Al Marhom Al syahid Utz Hj Ibrahim Mahmud( Ibrahim Libya).Terselamatlah PAS dari di tipu buat kali ke dua oleh UMNO untuk masuk BN
Disepanjang pimpinan ulamak seperti tersebut telah terbukit PAS dalam satu fikrah yang mantap tanpa ragu.Sehingga ada yang shahid.dalam mempertahankan prinsip perjuangan.Pemimpin tersebut tidak perlu kita pertikaikan lagi terbukti dari semua aspek kehidupan yang sederhana,dari amalan ,keperbadian,pengorbanan serta mewakafkan diri keluarga dan harta benda mereka pada perjuangan Islam ,Istikhomah,manhaj,walak semuanya menepati sebagai ulamak haraki yang yang tulin.Ini sebenarnya matlamat asal kepimpinan ulamak dalam PAS.dan Pas amat berjaya ketika itu.dari sudut manhaj walupun belum menang PRU.
Mereka mereka ni jelas dari segi keiklasan dalam perjuangan ,dari segi hujah,memberi hujah,mematakan hujan tidak kira dimana saja…Ahli PAS sendiri dari peringkat grass Root dapat menilai mereka serta sesuai untuk di nobatkan sebagai ulamak haraki.Kita mahu pencapaian ini di teruskan melahirkan lebih banyak Ulamak Haraki.bukan dengan merendahkan martabat mereka..Kita tidak mahu individu yang merasakan diri mereka ulamak tidak sehaluan memberi kenyataan yang contohnya soal shahid atau tidak Al marhom Ustaz Ibrahim Mahmod ketika belaku peristiwa MEMALI pada tahun1986.Apa yang saya saksikan hanya ulamak PAS yang haraki ,TG Ustaz HJ .TG Hj Yusof Rawa,Fadzil Nor,Hj Yahya Junid ,TG Nik Aziz Nik Mat dan beberapa orang guru Pondok saja lah yang berani mengeluarkan kenyataan bahawa yang terbunuh di Memali adalah shahid mana kala ada ulamak PAS ketika itu masih ragu ragu dan tidak berani mengeluarkan kenyataan kerana takut di tangkap ISA.
Apa yang belaku Pada Pas
Dewasa ini apa yang sedang di lalui oleh Parti ramai yang bekelulusan dari bebagai jurusan ugama dan professional.Yang lulusan ugama berjuang dalam PAS kita nobatkan sebagai ulamak justru bagi menepati kepimpinan ulamak kita letak mereka dalam ketogeri sesuai sebagai pimpinan nombor itu dan nombor ini tanpa kita selidiki atau menilai peranan yang dimainkan dalam parti .Sama ada .pengorbanan,keperbadian,amalan,ilmu yang diamalkan,sejauhmana istikhomah dan walak pada dalam perjuangan risiko yang sangup di pikul kerap kita terlepas pandang.Kita bersangka baik sebab ilmu yang dimilikinya tak munkin mengkianati parti tapi yang jelas apa yang tercatik dalam sejarah PAS adalah sebaliknya.Tidak sedikit individu yang bertaraf ulak atau ustaz mengkianati PAS terutama dizaman PAS lemah.Adakalanya kita lihat ustaz atau individu yang kita sebut ulamak dari segi amalan tidak nampak ianya lebih baik dari yang bukan ulamak atau sekadar tuan haji sahaja.Terbukti mereka mereka ini apabila di peluang untuk memegangan jawatan dalam parti gagal untuk menzahirkan integriti yang besesuaan sebagai ulamak lebih malang lagi sebagai ulamak haraki .
Ada ulamak dan ustaz yang sudah memiliki kepentingan dalam kopprat dan menjalankan syarikat,ulamak yang sibok mengumpul harta melalui kuliah ugama atau program .yang mendatangkan hasil atau habuan.Bolehkah ulamak yang seperti ini kita ambil sebagai contoh dan tauladan.
Contohilah Al Marhom Ustas Fazil Mohd Nor (Bekas President Pas)
Saya ingin mengambil contoh yang amat baik yang harus di ikuti oleh ulamak sedia ada dalam PAS ia itu contoh yang di tunjukan oleh Al marhom Ustaz Fadzil Mohd Nor.Satu contoh yang terdekat ulamak yang di hormati dan di segani oleh kawan dan lawan..Tahu kah anda selepas kematian beliau apabila ahli keluarganya memereksa buku akuan bank untuk mengetahui apa yang di tinggalkan Alangkah terkejutnya baki Wang dalam bank hanyalah Rm13.00 (tiga Belas Ringgit saja) Ketika beliau masih hidup Beliau mendapat berbagai elaun Pencen itu dan ini pada setiap bulan.berjumlah berpuluh ribu tetapi hampir semuanya disedekahkan untuk perjuangan islam dari masa kesemasa secara senyap senyap.Ini termasuklah infak kepada Pas Sekolah ugama rakyat yang di dermakan dari wangnya sendiri,Ambulan dikawasan beliau dengan wang nya sendiri,surau masjid dan banyak lagi sumbangan beliau dari poket yang hasil dari elaun pencen sebagai pensyarah,Ahli Parliament,dan Adun selama beliau di lantik sebagai wakil rakyat PAS..dan presiden PAS.
Al Marhom Ustaz Hj Fadzil Nor disepanjang hayat beliau sebagai pimpinan PAS hidupnya di habiskan di Luar rumah dari tinggal dalam rumah menjalakan aktiviti parti dan dakwah.Tanyalah bekas pemadu beliau kesah kehidupan bekas pimpinan kita yang telah menunjukan contoh yang amat mulia sebagai pejuang islam ,disamping menjadi ulamak yang haraki.Kereta buruk yang beliau naiki KP 13 (Toyota Crown)beliau naiki hingga akhir hayat walau pun ada orang yang mensedekahkan MECEDES BARU pada beliau beliau tolak dengan cukup hikmah.
Rakyat di kawasan belia ia itu bukit raya amat mengenaili siapa Al Almarhom Ustaz Fazil dan sehingga kini apa bila tekenang beliau atau melihat gambar beliau pasti nya air mata yang menitis sedih dan pilunya hati kita.disamping kesedihan apa yang terjadi di apabila Utz Azizan memimpin. PAS Kedah.Al marhom ustaz Fadzil Mohd Nor tidak pernah di cabar atau dipertikaikan cara kepimpinannya.Tidak pernah menarik apa papa kenyataan yang di buatnya.Sehingga kini mursidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Nik Mat menyangjong beliau sebagai pimpinan PAS yang hakiki begitu juga dengan President sedia ada Tuan Guru Haji Hadi Awang.
Fikirlah secara rasional
Ahli PAS dan Pimpinan PAS di semua peringakat harus berfikr secara rasonal sesuai dengan tuntuntan semasa serta muhasabah diri mencari kelemahan PAS dan memperbaikinya dari masa kesemasa agar tidak memberi ruang pada musuh untuk mengekplotasinya
Apa yang amat meyedihkan ahli secara keseluruhan ketika ini apakah peranan Ulamak dalam PAS apa sebenarnya kepimpinan ulamak?? Adakah kuasa mereka adakah seperti ahli majlis fatwa kebangsaan atau hanya kosmetik dalam PAS sekadar lebel kepimpinan ulamak.Adakah peranan ulamak dalam PAS semakin ceroi???. Setiap kali timbulnya issue yang berkaitan dengan fatwa kebangsaan atau keputusan kerajaan yang menyalahi syarak majlis syura Ulamak PAS diam tidak membuat apa apa apa kenyataan penderian parti.Alasanya nanti kena ISA atau di dakwa menghasud.Tetapi yang peliknya pimpinan PAS yang bukan Ulamak mendahului ulamak mengeluarkan kenyataan untuk membalas hujah musuh walau pun terdedah kepada tindakan pihak berkuasa
Ulamak yang bagaimanakah yang harus memimpin parti kearah kemenangan yang hakiki Dimanakah mereka ini siapa mereka yang sebenarnya .Adakah cuma yang tinggal diakhir zaman ini hanya juhalak yang menyamar seperti ulamak seperti mana yang di ceritakan oleh nabi kita melalui hadis hadis.Atau kita ketadusan ulamak haraki atau hanya ulamak sekadar rubber stamp dan berani dalam bilik kuliah atau surau tidak di tempat umum menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.Atau ulamak sekarang ini jenis cari elaun atau habuan makan kenduri sembahyang hajat,tahlil doa selamat.
Ulamak yang sebenarnya pewari nabi yang sepatututnya mempuyai kuasa bertindak.Ulamak yang duduk barisan hadapan ketika berdemotrasi ulamak yang cintakan mati syahid .Pada zahirnya apa bila sesorang itu mempuyai kelulusan yang agak tinggi dari segi akademik dan boleh berpidato tetapi gerak kerja parti dan gagal melaksanakan tugas parti maka kita nobatkannya sebagai ulamak seolah olah pekataan ulamak itu tiada nilai dari segi ertikata yang sebenar ini lah kita sedang tercari cari jawapan.
PAS pernah di kianati individu bertaraf ulamak,ustaz dan tok guru
Sama ada kita sedar atau pun tidak apa bila kita mengimbas kembali sejarah PAS sejak ianya di tubuhkan terdapat banyak Individu yang pada mulanya kita mengangap mereka sebagai Ulamak atau Ustaz dan di beri kepecayaan dalam PAS untuk memimpin tepi telah mengkianati perjuangan PAS atau cuba membawa perjuangan Pas masuk kelubang biawak ada yang mengharapkan habuan duniawi dan pangkat dan ada yang menzahirkan ketidak keiklasan mereka dalam pemimpin.Pokoknya mereka tewas dalam perjuangan sebelum bertempur.Akhirnya nya mereka lari meninggalkan Pas
Bekas Presiden PAS Hj Mohd Asri Muda
Ustaz Otman Abdullah
Tok Guru Hj Omar (Pasir Mas Kelantan)
Hj.Hassan Adli
Tuan Guru Hj Ahmad Badawi
Mustafa Taib
Ustaz Ghazali Lesong
Ustaz Nakhaie Hj Ahmad
Uztaz Razak daud
Ustaz Othman Razak
Ustaz Wan Ismail Macang
Ustaz Omar Khalid
dan banyak lagi
Mereka mereka yang tersebut di atas ini juga di nobatkan segai ulamak adalah pimpinan Pas dari peringkat pusat orang No satu dua dan seterusnya hingga peringkat kawasan ,bertaraf Tok guru ustaz dan Ulamak.Mereka juga terlibat dengan cuba untuk menjahanamkan PAS sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari PAS satu ketika dulu.Adakah mereka ini kecewa dengan sikap PAS atau Ahli jahil dalam memilih pemimpin atau cepat tepengaruh dengan keterampilan seseorang guru mengajar ugama kita nobatkan ustaz dan seterusnya ulamak..
Mari kiat lihat pula siapa kah yang mengadai jiwa dan raga hingga terkorban dalam mempertahankan islam di sepanjang sejarah penubuhan PAS.Yang terkorban syahid
.Prof Dr Zulkiflie Mohammad
.Othman Talib
.Samad Goal
Utz Ibrahim Mahmud(Ibrahim Libya) dan 13 anak muridnya yang terkorban dalam peristiwa Memali
Siapakah mereka ini Ulamak /Ustaz yang bekelulusan ugama yang tinggi atau sekadar pejuang Islam yang tulin .Begitu juga dinegara negra yang sedang dalam medan Jihad.Iraq,Afganistan,Plastine,Filipina,Indonesia siapakah di barisan hadapan,Ulamak Ustaz,?????yang ramai terkorban.
Belandaskan kepada fakta sejarah di atas siapa pula pemimpin PAS yang bertaraf Ustaz atau tok guru yang kita rasa layak di nobatkan sebagai Ulamak atau ulamak Haraki atau ada diantara mereka yang bakal mengikut jejak dato Asri atu Hasan Adli.
Adakah dalam PAS apabila dinobatkan sebagai Ulamak atau Ustaz sebarang tindakan mereka dalam mengeluarkan kenyatan atau pendapat tidak boleh di pertikaikan lagi Adakah di jamin bersih individu yang bertaraf ustaz dapat mengawal nafsu duniawi dari terpengaruh dengan habuan dunia dan rasuah.Utz Wan Ismail ADUN Kelantan disaman oleh bekas isteri tututan mutaah hingga 3 juta RM Bagimana ini boleh terjadi bagaimana bekas isteri boleh mencongak angka hingga 3 juta RM sedangkan elaun ADUN dan gaji selama sepanjang beliau jadi ADUN mustahil mencecah 1 juta RM.
Dimanakah seharusnya kita letakan pemimpinan Pas yang tidak Ustaz atau professional tetapi yang telah walak pada ulamak istikhomah dalam perjuangan sekian lama dan mepertahankan kepimpinan ulamak.Salahkah kemahuan ahli PAS yang mahu peranan ulamak di pertingkatkan sehingga boleh memecat President parti demi memastikan perjuangan senentiasa di landasan Al Kuran dan Sunnah.Salahkah sekiranya pimpinan PAS yang tidak ulamak atau ustaz mengkritik ulamak yang tertentu yang melahirkan secara umum tingkah laku yang bertentangan dengan sifatnya sebagai ustaz atau ulamak.Salahkah ahli PAS dari mana mana cawangan atau kawasan mau pun pusat menegor ulamak atau ustaz sekiranya terdapat keputusan yang di buat dalam kerajaan atau pun parti bertentangan dengan semagat ukuwah serta menjerumus kepada perpecahan parti.
Siapa boleh menjamin bahawasanya ulamak atau ustaz yang sedia dalam PAS tidak akan keluar dari PAS atau tidak akan mengkianati perjuangan PAS seperti yang belaku terdahulu dari ini..Siapa yang dapat menjamin bahawa ustaz dan ulamak dalam PAS bebas dari pengaruh habuan duniawi dan meletakan perjuangan terlebih dahulu melebihi dari segala kepentingan duniawi.Pokoknya ulamak atau professional yang diterima allah (SWT) hanyalah yang beriman dan bertakwa pada nya.
Kelemahan Majlis syura ulamak PAS
Dewasa ini kelemahan majlis syara ulamak seolah olah tidak bermaya lesu mari kita lihat contoh iaitu issu Murtad yang di umumkan oleh kerajaan UMNO/BN jelas sekali ianya bertentangan dengan Syarak.Kenapa Majlis syura PAS tidak mengambil inisiatif segera untuk bersidang dan mengeluarkan kenyataan untuk menyangah keputusan tersebut.Dimanakan kah identiti dan intengritiya sebagai dewan Ulamak PAS…hingga kan pemimpin PAS yang bukan betaraf ustaz atau ulamak mengeluarkan kenyatan bagi mematahkan hujah musuh..pekara ini sering kita dengar dalam ceramah ceramah umum.Kerap kali apabila ada ceramah umum pemimpin yang tertentu yang bukan ulamak atau ustaz mendapat kehadiran pendengar yang paling ramai berbanding dengan yang bertaraf ustaz atau ulamak.walau pun ceramah mengenai issu semasa yang melibatkan syariat atau fatwa yang seharusnya diterangkan pada umun oleh ulamak atau ustaz tetapi tetapi ceramah yang mendapat sambutan ialah dari golongan professional.
Kita tertanya tanya apakah majlis syara Ulamak PAS ni tidak cukup kuasa bagi melaksanakan tugas tugasnya dengan bekesan hinggakan setiap kali issu ini dibangkitkakan dalam muktamar agong hampir setiap tahun..Atau ulamak itu president dan presiden itu juga majlis syura ulamak maka belaku “Conflict of Interest” Maka belaku lah pertindihan kuasa dan hak hak untuk bertindak.
Mampukah Ulamak dan tuntutan semasa
Mari kirta renong sejenak dan apa yang telah belaku dan sedang belaku tindakan yang sedang di atur oleh pihak musuh. PM dato Najib telah meletak kan meriam meriam besar di semua negeri pakatan. Sebagai ketua Perhubongan negeri Senjata cangih seperti pengunaan SPRM,PDRM,SPR ,Kehakiman dan segala pekara yang melibatkan undang undang dan perlembagaan bagi menghadpi kita dalam PR.Permianan undang undang tipu muslihat yang berbebelit telah bejaya mengempur di negeri Perak.Tinggal lah MB Nizar yang bukan Ustaz atau ulamak menghadapinya hanya dibantu oleh golongan professional yang bukan ulamak atau ustaz.Dimanakah pergi nya ulamak dan Ustaz ustaz dalam menghadapi situasi seperti ini.siapakah yang mengambil tempat di barisan depan untuk berhadapan dengan isu ini. tidak kah beban ini akan di letakan keatas pemimpin yang professional dari PAS dan PR. Sewaktu kepongan di Ustana Raja di kuala Kangsar dimana Ulamak dimana para Ustaz adakah sekadar duduk dan membuat kenyataan.Terus terang saya kata katakan.Mana majlis syura ulamak apakah tindakan mereka,bolehkah hanya sekadar sembayang hajat dan baca yasin tampa ulamak itu sendiri memimpin demostrasi .Resionalkah apabila ulamak mengatakan pemimpin No 1 dan No 2 PAS misti ulamak sedangkan yang dibarisan hadapan betempor dengan musuh bukan lah bertaraf ulamak atau ustaz.
.
Saya tidak menetang ulamak atau ustaz tapi peranan dan martabat Ulamak dan Ustaz perlu di tempat yang sepatutnya seperti memberi arah pada president dan parti mengikut apa yang di kehendaki oleh Islam.Sebenarnya PAS memerlukan ULAMA HARAKI
Boleh kah kita beri alasan musuh sedang meruntuhkan kita dengan cara yang jijik ulamak PAS hanya mampu sembahyang hajat mana kala pemimpin PAS yang bukan ustaz atau ulamak…sedang bemandi gas dan air beracun di barisan hadapan sekadar itu sajakah peranan Ulamak /ustaz Pas..tapi apa bila mahu melantik pemimpin No satu dan No dua misti Ulamak misti ustaz…saya tidak nampak rasionalnya.
Adakah Ulamak penentu kepada kemenangan
Ulamak bukan lah penentu kepada kemenangan Tetapi sejauah mana peranan yang dimainkan serta kuasa yang berada pada majlis syura ulamak itu lah menetukan kekuatan dan arah tuju parti kearah kemenangan.Ulamak haraki yang memimpin gerakan islamlah yang merupakan tulang belakang pada gerakan islam untuk mencapai kemenangan yang hakiki.berjuang ,menang,perentah dan laksanakan syariat islam.Sekiranya Ulamak ramai tapi tiada kuasa untuk menentukan atau mengambil tindakan atau menghukum maka seolah olah sebuah Negara tanpa intitusi kehakiman dan hakim tiada kuasa menghukum.Maka tiadalah makamah untuk mengadili perbicaraan justru tiadalah terbentuknya keadilan.Ahli PAS perlu mendidik ulamak PAS supaya menjadi ulamak haraki bukan membiarkan hanya sekadar title ulamak atau panggilan tetapi banyak yang meninggal dunia di tempat tidor akibat penyakit kronik,kecing manis,jantong,buah pinggang dari mati di medan jihad.atau kena gas pemedih mata dan dibelasah FRU.serta mati dalam penjara .
Kuasa memutuskan kepada Majlis syura ulamak
Fungsi majlis syura ulamak dari segi kuasa yang harus dimiliki secara mutlak pekara yang amat penting yang perlu kita perbetulkan dalam PAS adalah bidang kuasa bertindak.kegagalan umpama memberi kenderaan kepada seorang yang pakar memandu tetapi stering nya di buang lantas kereta hanya tinggal nama sebagai kenderaan tetapi tidak boleh memandu arah ini lah istilah yang tersurat dalam kepimpinan ulamak dalam PAS.
Apabila Pemimpin Nombor satu atau Nombor 2 dalam PAS juga menduduki kerusi Majlis syura Ulamak juga memegang jawatan Nombor satu dan Nombor dua dalam Parti dimanakah rasionalnya sebagai sebuah parti islam yang bercirikan harakah islamiah dimana semua kaum dan jurusan telibat dalam mengerakan jemaah yang sepatutnya.Sekiranya Presiden Tim Presiden melakukan kesilapan yang amat serious adakan beliau sedia menghukum diri beliau sendiri sebabagi ahli majlis syura Ulamak.Inilah kelemahan organisasi yang harus kita akui scara realiti.
Contoh kegagalan PAS
Satu lagi contoh yang amat ketara hendak saya kemukakan disini.Pas sudah ada MB di dua buah negeri.Kelantan Kedah.Kenapa dari sudut pelaksanaannya amat ketara berlainan sedangkan Al kuran yang sama diturunkan 1500 tahun yang lalu.Ada pimpinan PAS apabila di desak mengenai pelaksanaan syariat Islam di negeri Kedah. Jawapannya ialah baru nak draf atau tengah dok draf.Persoalanya bukan kah Kelantan dan Terangganu sudah ada enekmen ugama tersebut dan sudahpun di luluskan di peringkat DUN satu ketika dulu.Adakah pemimpin Pas Kelantan Terangganu dan Kedah merujuk kepada Al kuran yang belainan atau hadis berlainan.Atau Al Kuran itu baru turun selepas PRU 12.?????Sekiranya rakyat mempersoalkan pekara ini kepada pimpinan PAS kedah itu lah .jawapan yang di beri kita baru perentah satu tahun baru nak draf enekmen ugama di Kedah segala alasan dan dalih yang kita dengar melalui beberapa pimpinan yang telah mendapat jawatan dalam kerajaan .MB kedah Ulamak????camtu kah.Lihat MB Perak bukan ulamak atau ustaz perubahan bantuan yang drastik pada sekolah ugama rakyat diambil tindakan awal pemerentahan PAS.Sehingga kini satu sen pun MB Kedah yang ulamk tu tak hulok kat sekolah ugama rakyat di Kedah kerana sibok dok kira elau dan gaji.
Hidup pemimpin sudah selesa dengan habuan duniawi yang sedikit.Tiada syariat Islam yang di kemukankan pada rakyat hingga hari ini.dalam kontak ini dimana peranan majlis syura ulamak.PAS peringkat pusat.Memali Kedah terkenal bumi shuhadak pejuang islam yang di pimpin oleh tokoh Ulamak PAS yang di kira menepati ulamak haraki.tiada kereta mewah,baju mahal,tiada rumah besar,senentiasa diburu oleh pihak bekuasa untuk menhancurkan cita cita beliau menegakan islam akhirnya syahid besama anak 13 muridnya.23 tahun yang lalu.Sekarang PAS sudah dapat kuasa di pimpin oleh MB bertaraf ustaz lulusan Azhar Mesir nak tutup kedai Judi haram pun tak mahu nak buat.malah nak sambut ulang tahun hari Suhadak Memali pun takut.Bekas pembantu Ustaz Ibrahim Mahmud(Ibrarahim Libya) orang kuat MB Kedah sekarang ini dah jadi Senetor dah boleh skim pencen bila sebut pasal Sambutan Hari suhadak Memali bila PAS nak buat cara besar besaran??makan banyak lah alasan yang diberi.Bukanya apa takut kalu desak MB dengan hal demikian maka satu penggal sajalah jadi senator..
Katakan sekiranya MB kedah tidak berminat langsung untuk melaksanakan syariat Islam di negeri Kedah .apa yang boleh dilakukan oleh majlis syura ulamak PAS peringkat pusat .????Boleh kah ia memecat MB kedah atas kapasiti Pesurujaya PAS Kedah atau majlis syura ulamak terus membisu sambil mendegar alasan demi alasan dari Bang Jan sungai Limau tu.
Lagi Contoh
.Contoh nya negeri Kedah ketinggalan dengan Pinang dari segi kebajikan rakyat sedangkan P.Pinang KM dari DAP.Sebelum PRU 12 berapi api Utz Azizan melaungkan untuk menjaga kebajikan Rakyat dan sering di ulangi bahawa beliau akan membantu sekolah Agama Rakyat saya dengar dan saksikan sendiri ucapannya..tapi setelah lebih setahun memegang kuasa hanya alasan demi alasan yang di beri tiada bantuan yang di terima.Sekolah Agama Rakyat semakin tenat walau pun.alasan yang di beri ialah baru perentah sedangkan Perak yang MBnya bukan Ustaz atau Ulamak dalam tempoh yang amat singkat sedikit sebanyak dapat membuat perubahan kepada Sekolah agama Rakyat.di negeri Perak dengan memberi tanah untuk di majukan oleh sekolah agama rakyat.
Sekolah Taufikiah Padang Lumat yang bedasarkan kepada sejarah telah melahirkan ramai Ulamak diasaskan oleh Ulamak yang terkenal Hj Yahya Junid.Namun hingga kini tiada satu sen pun di salurkan kepada sekolah tersebut…apakah Ustaz atau ulamak yang bertaraf MB orang PAS no wahid di kedah layak untuk memimpin. Parti yang melaungkan Islam yang syumul .dimanakah resionalnya. Seorang ustaz..atau ulamak.
Tidak hairanlah para pejuang anak didikan bekas President kita Al marhom Ustaz Hj Fadzil Mohd Nor di kawasan Parlimen Pendang Mencalonkan Saudar Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan kali ini.jelas lah pada kita anak anak didikan Almarhom Utaz Fazil Nor Ulamak haraki yang mendidik ahli Pas di kawasan tersebut lebih bijak dan memehami perjuangan PAS dan mereka lebih matang dan mampu berfikir secara progresif demi kebaikan parti.Lain lain kawasan kecuali Alor star dan Bagan serai yang terdiri dari YDP nya memegang jawatan dalam kerajaan dan ajensi kerajaan Kedah merasa terancam jawatan dalam kerajaan sekiranya mencalonkan tim President yang selain dari Azizan Razak…MB buat keputusan dalam lebih dari tujuh potfolio kerajaan Kedah.ini lah kuasa penentu yang ada pada beliau.
Peritiwa Perang Uhud kembali di Kedah
Apabila membaca kembali sirah Perang UHUD maka peritiwa tersebut sedang . berulang dikedah.Pejuang meninggalkan Bukit Uhud untuk mendapatkan ghanimah Perang.Ramai yang megorbankan masa dan tenaga berjuang habis habisan untuk memenangkan PAS di kedah.Malangnya perang belum tamat kemenangan hanya sementrara dan perlu di pertahankan namun pejuang menginkari arahan dan turun dari bukit Uhud kini sudah membahagi bahagikan ghanimah perang..Kebetulan masih lagi ada beberapa pejuang islam yang taat masih di puncak Bukit Uhud yang patuh pada perentah nabi dapat melihat telatah pejuang islam yang sedang sibok membahagikan rampasan perang bawah Bukit Uhud.Akibatnya terjadi dah PRK bukit selambau.apa bila musuh datang meyerang dari belakang inilah yang tesurat yang munkin ahli PAS tidak menyedarinya..Tidak mustahil akan belaku lagi PRK selepas ini sekiranya sikap pimpinan Pas kedah serta tindakan majlis syura ulamak tidak mengambil tindakan.
Pemimpin dari peringkat mana sekalipun dalam parti bukan lah maksum atau bebas dari membuat kesilapan memberi pendapat dan menilai sesuatu issu sebab masing masing ada persepsi tidak kira apa jua statusnya ,ustaz,ulamak nakib,ketua kawasan, maupu ahli biasa.Tetapi kenapa pemimpin Pas asik dengan alasan demi alasan dan bukan nya hujah sejak memperolehi jawatan dalam.Tak mahu tutup kedai judi pun ada berbagai alas an sedangkan orang yang bukan islam yang benci pada maksiat seperti judi dan tempat minum arak bersepah di Kedah sediri menuntuk kerajaan tempatan mengambil tindakan.Apatah lagi yang mempertahankan ialah pemimpin MB sendiri dengan alas an yang tidak menasabah.. Saya berpendapat mana mana saja pemimpin dari mana peringkat No satu ,dua dan seterusnya apabila merasakan tindakan atau keputusanya itu tidak porpular dari sudut sharie,dan membawa kekeliruan ,serta mengujudkan segala kontravosiol serterusnya membawa kepada puak puak belainan fikrah dalam parti perlu muhasabah diri dan menghisaf diri.
Pemimpin bekenaan harus diri dari bertanding jawatan buat sementara waktu.Perlu berehat sebentar dan memberi peluang kepada pemimpin baru.untuk menyatukan kembali jemaah.Semagat PAS tulin perlu mengambil tempat dalam pucuk pimpinan sekarang ini.Ulamak haraki harus mengabil tempat dalam Majlis syura ulamak dan memegang kuasa dan kuasa memecat dari ahli hingga ke presiden perlu dianugerahkan pada mereka.;
Apa kata Grass Root
Ramai dikalangan garss Root Pas yang hidup di zaman kepimpinan datok Asri hingga sekarang ini yang tinggal di kompong ,desa,dan tempat tepencil,diseluruh tanah air kususnya di Kedah dimana ketika mereka di usia pemuda adalah aktivis yang gigih istikhomah dengan Pas.Kerja kerja parti seperti melekat poster,memberi ceramah dihadapan 3 orang penonton,menangong pembesar suara keliling kampong,disekat dan serang oleh pemuda umno ketika itu,memanjat pokok kelapa hingga ke pucuk semata mata untuk mengibarkan bendera PAS,berjaga siang dan malam,bekorban ,harta dan wang ringgit ,serta keluarga untuk Parti berjuang habis habisan dalam sausana yang tiada kemudahan dan sokongan rakyat.Bayangkan betapa peritnya perjuangan islam yang mereka sangup pikul atas wadah PAS ketika itu.Di zaman Abu Bakar Hamzah,Datok Sudin Wahab,Ustaz Shuhaimi Hj Ahmad. dan yang paling menyayat hati dizaman Pimpinan Uztaz Fadzil Mohd Nor.Sekiranya mereka mereka ini bangun dari kubur ketika ini dan lihat telatah Ustaz Azizan mentakbir Kedah sebagai MB saya yakin dan percaya mereka ini lah yang akan membuat ceramah diseluruh pelusuk negeri Kedah mengkritik kerajaan negeri Kedah ketika ini.
Ramai para akar umbi PAS kini sudah berusia dan sudah tidak memegang apa apa jawatan dalam parti telah mula merasa bahang kepanasan dalam PAS.Meraka menilai dari luar dan tidak pernah leka dalam mengikuti perkembangan PAS dari Masa kesemasa mengikut temuramah yang dibuat dari masa kesemasa kebanyakan mereka merasa amat sedih dengan apa yang belaku dan pekara pekara yang tak seharusnya belaku telah belaku.Kata mereka PAS perlu buat perubahan dalam pimpinan dari peringkat Kawasan hingga ke No 2 dalam Parti.Pemimpin No satu pernah mengajar ahli PAS bahawa kita menentang UMNO bukan sebab dia UMNO tetapi sebab dia mengamalkan Politik suku Ugama suku.Sekarang kita dapat KEDAH MBnya dah jadi TIGA SUKU.
Sikap negatif setegah pimpinan PAS
Ada pendapat yang mengatakan sikap sesetengah pimpinan PAS memang bijak mengambil kesempatan untuk mempergunakan pemimpin PAS yang tertentu.Contohnya untuk mencari dana untuk parti cawangan atau kawasan,dan menghidupkan aktiviti parti yang sekian lama tiada aktiviti maka dijemput lah pemimpin yang mampu menarik ramai pengunjong untuk dengar ceramah demi untuk kutipan derma jihad terbanyak.Tetapi apabila tiba pemilihan atau untuk memilih pemimpin parti penceramah itulah juga yang dikeji dan di kondem dengan berbagai isu lapok dan isu mazhab bagi mengekalkan status quo.nya.Seseolah olah penceramah digunakan itu sebagai sokongan porpilariti pemimpin yang tertentu sedangkan dia sendiri gagal untuk melaksanakan tuganya sebagai pemimpin tetapi demi untuk mengekalkan jawatan di peringkat kawasan atau cawangan bagi mendapat peluang menjadi calon dalam PRU pekara ini sebabgai amalan biasa.Mengakui pimpinan yang bekesan tapi tidak menyokong pemimpin tersebut dari segi prinsip Inilah permainan politik kotor dalaman yang harus dibenteras.
Satu lagi contoh yang agak aneh dalam PAS seorang yang bertaraf ulamak atau ustaz apabila terdengar ceramah seorang yang hanya professional hujahnya lebih baik dari segi akal mau pun syariat mampu mengatasi ulamak atau ustaz umum mengakuinya kelebihan pada individu.Implikasinya porpulariti seorang professional boleh menengelamkan porpulariti ulamak atau ustaz maka demi mengekal status quo yang seharusnya dimiliki oleh ulamak atau ustaz maka di ushakanlah untuk memisakan ulamak dan professional ini dalam menerajui pimpinan..ini sangat meyedihkan. Dalam organisasi PAS.
PAS di zaman 70&80 an
PAS ketika melalui zaman 70 an dan 80 an kesusahan dan dugaan yang diuji pada pimpinan adalah lebih mencabar namun mereka tetap terus berjuang belainan dengan sekarang bila beroleh sedikit kemenangan kususunya selepas PRU 12 nampaknya pemimpin yang baru masuk PAS (selepas 90an)ketika Pas sedang beroleh kekuatan sikap beberapa pimpinan sudah mula berubah pimpinan baru ini banyak mempengaruhi orang lama dalam PAS hingga timbul istilah seperti kroni,puak,dan aliran.Politik dalaman PAS sudah semakin hari semakin mencemaskan penyakit dan kuman UMNO cintakan dunia sudah mula menghingapi ahli dan pimpinan PAS justru tidak tahan di uji dan tidak lasak seperti ahli PAS dahulu.PAS perlu membuat perubahan yang adil pada semua tahap pimpinan. serta mengilatkan kembali fikrah yang tulin..
Setiap Pemimpin peringkat kawasan misti ada pejuang dan pemimpin yang zuhud iklas pada ugama tiada ajinda yang tersembunyi disebalik gerak geri mereka.Bersangka baik perlu berpada pada dan bukannya tanpa had. Berhati hati dan jangan terlalu berhati hati penyokong harus disokong oleh pemimpin yang beriman dan bertakwa bukan hanya mengharap kepada undi protes UMNO/BN,Tiada jalan rengkas dalam perjuangan islam melainkan cara yang di lalui oleh para nabi dan rasul. Penyokong yang beri sokongan atas dasar Parti yang membawa dasar Islam dan bukan atas dasar protes terhadap pihak lawan.Oleh itu PAS perlu buat perubahan dari sudut pimpinan.Pilihlah yang iklas dan yang telah berkorban sekian lama dalam parti sebagai pimpinan.Itulah kata kata gras root PAS
Apa yang sedang belaku dalam PAS sekarang
Hujah yang mengatakan kita perlu mengekalkan pimpinan yang lama di peringkat pusat demi mengelakan dari di tuduh oleh pihak musoh bahawasanya PAS berpecah berpecah adalah tidak masuk akal.dan mempuyai ajinda yang tersembunyi.Hujah hujah ini adalah semata mata untuk mempengaruhi pewakilan PAS yang akan mengundi di muktamar agong bulan jun ini agar mengekalkan pimpinan yang tertentu serta mencantas pimpinan yang bakal naik untuk buat perubahan.Mereka sedar status quo yang sedia ada mempuyai ruang pada mereka untuk melaksakan suatu ajinda yang tertentu dan banyak pihak termasuk pimpinan telah sedar pekara ini.Mereka telah nampak berbagai peluang dan habuan setelah keputusan PRU 12 membuka peluang dengan seluas luasnya pada mereka.Bagi yang telibat atau melibatkan diri dalam kempin atau lobi pemimpin perlu memberi hujah dalih yang kemas dan bukti kesungguhan seorang pemimpin bedasarkan kereteria yang tertentu bukan sekadar sedap mulut untuk mengampu untuk dapat habuan atau mencapai matlamat kesenangan sementara.Pemimpin yang keterlaluan dalam mengenepikan keputusan jemaah atau syura ulamak atau mursidul am perlu kita buat penilaian semula atau turunkan pangkat buat sementara waktu bagi tujuan muhasabah diri
Pemimpin yang melakukan kerosakan pada parti harus bertanggong jawapa terhadap tindakannya terutama yang menjurus kepada berpuak puak.Punca perlu dikenal pasti dan tindakan perlu diambil.Apa untungnya bersangka baik terhadap seseorang sekiranya membawa akibah dalaman parti berpecah belah.Ini akan mudahkan musuh menyusup masuk di celah celah dan meruntuhkan jemaah .Damage had been done you have to pay for it.Ini bermaksud pemimpin yang telibat mistilah bermuhasabah diri dan tidak mempertahankan jawatan. Atau menarik diri dari pertandingan. .Sewaktu pemerentahan para sahabat panglima perang dan saf pimpinan sering bertukar jawatan dan daerah demi memantabkan jemaah.Hujah inilah yang perlu kita terima pakai.Kembali pada sirah perjuangan dan kaji sejarah.Setiap pekara yang belaku dalam jemaah dari sudut belainan pendapat sudah belaku sejak 1500 tahun yang lalu apa kah tindakan yang di ambil oleh khalifah perlu kita rujuk dan diambil tauladan.Peristiwa karbala sudah cukup mengajar kita bahawa yang hak tetap yang hak walaupun dari kumpulan yang kecil.Semagat karbala perlu di kembalikan demi menjaga kesinambongan kesucian perjuangan Islam.setiap kejadian yang terukir dalam sejarah politik umat islam ketika zaman nabi dan sahabat mau pun di zaman Cucu baginda rasullah sudah cukup untuk menbuka minda hikmah di sebalik peristiwa itu belaku.
Jangan kita terpegaruh dengan agen ajen ,atau tukang kempin atau para pelobi calon yang suka jemaah ini hidup secara berpuak puak mengikut fikrah.Apakah semagat puak dan kaum dalam PAS tidak ada Assobiah puak dan kaum ketika ini dalam bentuk fikrah dan geng,kumpulan pelaksanaan. yang cuba di tanam oleh pemimpin yang tertentu.
Perlu faham sifat Parti Islam yang tulin
Adakah matlamat PAS dahulu dengan sekarang berlainan.?Dalam pelembagaan PAS tidak pernah berubah tetapi selepas PRU 12 pesepsi yang berbagi mula meyelar dalam fikrah ahli serta pemimpin.Zaman 70 &80an matlamat PAS adalah meyampaikan dakwah pada seluruh penduduk Malaysia dengan cara politik demokrasi .Jika di anugerah kemenangan di kerusi parlimen atau DUN maka PAS sebagai pembangkang kita tetap bertindak sebagai pendawah dalam dewan menyeru kebaikan mencegah kemugkaran.Setelah PRU 12 hasil dari kemenangan yang tidak di sangka sangka dinegeri tertentu maka arah tuju PAS seolah olah berubah angin..Kedudukan PAS kini berjuang untuk menang kemudianya berjuang untuk perentah. Dan sedikit masa lagi menang untuk laksanakan syariat Islam insaallah. Kedua duanya PAS perolehi maka dimana letaknya perjuangan yang asal.???Perlu diingatkan bahawa SIFAT PARTI ISLAM adalah “Amal Makroof Nahi Mungkar”(Menyeru kebaikan mencegah kemunkaran) dan sifat ini kekal hingga hari kiamat. Tidak kira dalam apa jua suasana sekalipun dari suasana memiliki kuasa atau sebagai pembangkang.Walaupun PAS diberi kuasa untuk menjadi kerajaan namun tugas menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran tetap menjadi asas serta dasar perjuangan Islam. PAS wajib meneruskan perjuangan seperti sifatnya sebagai Parti Islam dan bukannya mengikuti amalan UMNO/BN.apabila beroleh kuasa ahlinya tidak boleh bercangah pendapat waalupun ianya pekara mungkar.
Ini termasuklah mengkritik serta mencegah kumungkaran yang dibuat atau dibiarkan berlaku oleh kerajaan yang dipimpin oleh PAS sendiri. Ramai ahli PAS tidak begitu faham Parti adalah Parti dan parti adalah wadah perjuangan yang beterusan dan berkekalan hingga hari kiamat.Tidak ada nas atau bukti sirah menyatakan perjuangan islam dalam hal menyeru kebaikan dan mencegah kemunkaran terhenti apabila memperolehi kuasa memerentah.Sekiranya negeri Kelantan,Kedah ,Perak dan lain lain negeri yang tidak di perentah PAS membiarkan kemunkaran belaku maka tugas PAS sebagai parti islam wajib dilaksanakan seperti mengkritik dan memperotes pemerentahan tersebut sehinggakan boleh melakukan penentangan secara demokrasi sekiranya pemerentah masih degil dengan memberi alasan alasan yang tidak menasabah.Maka sesungguhnya sejarah peristiwa Karbala mengajar kita.
Apa itu PARTI dan Apa itu KERAJAAN
Kita perlu terima hakikat bahawa Kerajaan adalah Kerajaan boleh betukar bila bila masa Parti tidak sama dengan kerajaan. Dan seharusnya partilah yang memerintah kerajaan dan kerajaan memerintah rakyat. Rakyat memilih calon dalam Parti dalam pilihanraya umum. Parti yang menawarkan menisfesto dalam pilihanraya berdasarkan kepada dasar parti yang diperjuangkan.
Kita harus sedar Kerajaan adalah keseluruhan rakyat manakala Parti adalah untuk ahli yang berjuang. Dalam sirah terdapat banyak bukti yang lebih jelas sebagai nas politik Islam yang dapat kita ambil sebagai contoh, peristiwa Karbala. Kenapa ianya terjadi penentang terhadap Pemerintahan Islam yang berkuasa ketika itu juga dari parti Islam. Kerajaan Muawiyah ditentang oleh pejuang Islam.yang di pimpin cucu Rasullallah boleh kah kita menyataakan keluarga rasullah itu mengkianati islam Ini semua sebagai dalil yang jelas. Sifat Parti Islam sama sekali tidak sama dengan BN atau UMNO, kita menentang dan mengkritik segala apa yang difikirkan kemungkaran terhadap siapa saja yang memerintah walaupun pemimpin PAS itu sendiri memegang kuasa pemerintahan di peringkat mana sekali pun.Sikap kita misti jelas dan telus mengamalkan sifat parti islam yang hakiki..
Memilih Pemimpin sesuai dengan tuntutan semasa
Untuk memilih jalan selamat yang saya rasa sesuai buat masa ini, satu ukuran dalam membuat penilaian ahli PAS itu sendiri kususnya yang diberi mandat untuk mengundi saf pimpinan pusat.Tidak perlu bagi kita memilih berpandukan kroni atau terpengaruh dengan kempin yang tidak tentu punca penilaiannya..Penilaian terhadap seorang pemimpin yang hendak diketegahkan pekara dibawah perlu diambil kira.Ini termasuk lah apa yang dikatakan akar Umbi.Siapa itu akar umbi yang sering kita sebut .Umno juga menyebut akar umbi.Adakah mereka yang berusia 70 tahun atau bagai mana?
1. Jangka hayat Istikhomah dalam PAS
Sejak bilakah Pemimpin itu menjadi ahli PAS dalam usia umur beliau memasuki PAS sejak sekolah? Pengajian tinggi? PAS keturunan atau menjadi ahli Pas apabila sudah nampak tanda-tanda kemenangan sudah mula menyebelahi Islam. atau ingin berjuang dalam PAS atas sebab dasar dan matlamat yang difahami dengan jelas atau diberi hidayah sejak dari mula walau pun ketika itu PAS adalah parti yang lemah. Ahli payung terjunkah ? ,Atau dijemput dan ditawarkan oleh beberapa orang pemimpin Pas yang terdahulu untuk menyertai PAS yang teruja dengan kelulusan akadamik,atau keterampilan diri sebagai tokoh berasal dari Jemaan mana ? JIM,ARKAM,ABIM atau UMNO dan sebagainya semua ini harus diambil kira.
.
2. Keberanian mengorbankan dunia untuk Perjuangan> Adakah Pemimpin yang berkenaan hanya, berani masuk Pas setelah pencen dari jawatan kerajaan kerana takut diambil tindakan atau terlepas pencennya sekiranya berhenti kerja dengan kerajaan kerana hendak masuk PAS dan bila masuk PAS hendaklah meletakannya sebagai calon PRU di kawasan yang selamat atau kubu Pas yang kuat yang pasti menang.Disini kita dapat menilai keiklasan seorang yang menjadi ahli PAS untuk diketegahkan sebagai pemimpin.
3. Pengorbanan yang hakiki
Sejauh mana pengorbanan pemimpin bekenaan dalam perjuangan Islam dari sudut jiwa raga, harta benda, keluarga malah nyawanya sejak menjadi ahli PAS justru tidak mengharapakan apa-apa habuan duniawi semata mata kerana Allah (SWT).Prestasi kerja dalam parti yang bekesan apabila diberi tugas sebagai pemimpin man peringkat sekali pun.
4. Fikrah PAS yang berterusan tanpa kompromi .Sejauh mana Pemimpin yang berkenaan beristikhomah dalam perjuangan dan memperjuangkan dasar parti dengan fikrah yang jelas dan berterusan hingga kini walaupun telah menempuh berbagai tawaran dari pihak musuh namun penderiannya tetap kukuh hingga kini.
5. Niat dan tujuan masuk PAS Memasuki PAS sebab ada ajinda yang tersembunyi contohnya mencari peluang untuk dapat jawatan memimpin parti dengan alasan kononnya ramai ahli Pas tak ada tarbiah dan kelulusan akademik yang tinggi namun apa yang di intainya ialah peluang menjadi Menteri atau Menteri Besar, Exco selain dari mengharapkan habuan, pangkat dan jawatan dalam Parti dan Kerajaan .Keegoan begini sering di dengar dari pimpinan PAS yang masuk PAS atas dasar kononnya dia rasa dilayak padahal belum terbukti apa apa pengorbanan yang dilakukuan sejak memasuki PAS . .
6. Ujian dan cubaan yang di lalui pimpinan.Sejauh mana Pemimpin itu telah diuji dan dicuba dengan berbagai ujian dan cubaan dalam memperjuangkan dasar Parti seperti tindakan ISA, Gas pemedih mata, tindakan Mahkamah, Penjara.dan sebagainya .Syarat pemimpin yang beriman adalah di uji dan di cuba dengan berbagai ujian oleh Allah (SWT).Ketegori inilah yang perlu ada pada pemimpin PAS
7. Sejauh mana musuh membenci Sejauh mana digeruni musuh dan sejauh mana ianya disukai musuh. Dalam perjuangan Islam sekiranya mana-mana pemimpin disukai musuh maka ada sesuatu yang tidak kena. Kata Bekas Presiden Pas, Almarhom Utz. Fadzil Mohd Nor.bekas Presiden PAS yang kita sayangi .Kita nilai sendirilah siapakah pemimpin PAS yang amat di sukai UMNO yang merasakan tiada beza UMNO atau PAS yang memerentah.Kita berpegang pada amanat bekas Presiden PAS Almarhom Utz Fadzil Nor.
8. Sejauh mana diri seorang Pemimpin itu membiarkan atau mewakafkah diri, harta benda dan wang ringgit beliau digunakan untuk perjuangan parti semata-mata untuk perjuangan Islam tanpa mengharapkan habuan. Bagi yang telah berjawatan dalam Kerajaan seperti MB, Exco, Menteri, sejauh mana imfak pendapatnya pada jemaah.
9. Sejauhmana diri seorang Pemimpin itu mendekati ahli biasa serta rakyat secara keseluruhan dari semua kaum dan keturunan tanpa memikirkan sangat protokal dan keselamatan beliau.Sifat kahlifah yang tidak meletakan pangkat sebagai jurang pemisah dengan ahli biasa. Pemimpin yang sering menjaga protocol memberi helah serta alasan peribadi yang keterlaluan apabila diminta untuk menjalankan aktiviti parti. Atau melebihkan kepentingan peribadi dari kepentingan parti.
10. Sejauh mana ilmu yang beliau ada dan diamalkan serta adakah akhlak diri dan keluarganya yang menjadi ukuran pada penilaian seseorang Pemimpin. Apakah setelah memegang jawatan dalam Parti atau Kerajaan,MP atau ADUN atau jawatan seperti Exco atau Menteri maka elaun, pendapatan serta gaji telah menjadi ukuran pada kejayaannya. Adakah terdapat sikap ego serta sombong mula terselah apabila kemenangan yang sedikit diperolehi maka tugas sebagai pendakwah diketepikan melainkan untuk mengumpul harta dunia. dan elaun. Kenal pasti pemimpin itu.
11. Adakah Pemimpin PAS yang hendak diketengahkan sebagai tokoh pimpinan terletak pada kelayakan akadamik sedangkan sering saja mempunyai banyak teori yang kontravesiol dan bertentangan dengan dasar parti. Atau terbinanya ketokohan seorang pemimpin itu hasil dari keikhlasan dalam perjuangan dan semangat perjuangan yang konsisten lagi tinggi.Mana satu yang hendak di pilih.Ketokohan sebab akdemik atau penganugerahan semula jadi dari allah (SWT)
12. Sejauh mana jasa seorang Pemimpin serta keberkesanannya dalam memberi pidato hampir setiap malam di seluruh tanah air untuk menyangah hujah pihak musuh dengan berkesan serta menarik sokongan pihak musuk untuk menyokong PAS.serta mampu menarik minat rakyat untuk mendengar hujah yang dapat memberi kekuatan pada parti .Cara penyampaian yang tersendiri tetapi menarik penyokong untuk memehami Islam .Strateji dakwah yang bekesan siapa pemimpi bekenaan
13. Siapakah pemimpin yang dianugerah Tuhan dengan semangat istikhomah yang tinggi hingga sanggup menghadapi isu besar yang kritikal dengan tenang serta amat disenangi penyokong.dan di geruni pihak musuh secara keseluruhan.
.
14. Siapakah Pemimpin Pas yang sebelum menang PRU, berapi menyebut hendak melaksanakan ISLAM tapi bila dah berkuasa berbagai alasan diberi pada rakyat untuk tidak melaksanakan walau sekecil-kecil syariat yang tidak melibatkan Sultan, wang rakyat atau kelulusan Kerajaan Pusat atau pindaan perlembagaan. Justru hingga sanggup memutar belitkan sirah serta memperbodohkan rakyat. yang berilmu.
15.Sejauh mana pimpinan yang hendak di ketegahkan mampu menankis hujah hujah sharie yang melibatkan kan dasar parti kepada pihak lawan secara konsisten tanpa memutar belitkan atau mengelirukan apa apa tafsiran Al kuran dan Sunnah,supaya pihak musuh tidak mentempelakan balik pada PAS.
.Bedasarkan kepada garis petunjuk yang saya kira adil dalam penilaian saya meminta ahli membuat komen.
Read more...